Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi melibatkan  diri dalam kontroversi berprofil tinggi kali ini dalam dakwaan wujudnya  komplot menjatuhkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Ketika ditanya mengenai akuan bersumpah bekas Pengarah Jabatan Siasatan  Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa bahawa ada  satu mesyuarat diadakan di rumah beliau membincangkan kesalahan Gani,  Mahathir tidak menafikannya, tetapi hanya sekadar menegaskan bahawa  beliau akan hanya memberi ulasan selepas membaca akuan bersumpah itu.
Apakah jawapan Mahathir tanpa sebarang penafian itu membuktikan apa yang Mat Zain ceritakan di akaun bersumpahnya adalah benar?
Sementara itu, dalam satu perkembangan lain, Mahathir turut mendakwa beliau  terdengar berita bahawa di Jabatan Peguam Negara terdapat dua agen  perisik CIA (Central Intelligence Agency) dari Amerika Syarikat.
“Saya dengar. Saya tiada bukti, dua agen CIA ada pejabat di Pejabat AG.  Mungkin ada mungkin tidak. Saya tak tahu. AG pun belum sahkan lagi,”  kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.

Aduhai, Dengaq Cerita Saja?
Penatlah kalau nak layan orang tua macam ini. Kalau ada bukti tunjuk. Jangan cakap ikut suka. Ini bukan zaman 80 an. Semua Tun cakap orang percaya. La, Tun cakap 10, 2 pun susah orang nak percaya.
The Attorney General’s Chambers (AGC) is the office of  the Attorney General of Malaysia. It  started  with the  provenance of  the Attorney General as the country’s chief law officer, and later AGC  was recognised as a formal government institution. In 1948, the various  functions of legal advice afforded to the then colonial government were  consolidated as a federal department under the provisions of the  Federation of Malaya Agreement, 1948. Later in 1951, the AGC (then known as the Department of Law) was classified as a Ministry and was held  responsible for all legal matters involving the Government. Listed below are the placements of AGC over the years from Independence until today:1957: Ministry of Home Affairs and Justice

1959: Ministry of Justice

1964: Ministry of Home Affairs and Justice

1974: Ministry of Law and Attorney General

1980 – present: Prime Minister’s Department

Tun jugalah yang pandai-pandai bawa masuk AGC di bawah JPM. Kalau ada agen CIA di AGC, makna kata, ejen sama boleh masuk dalam JPM dan buat kerja kotoq. Ini macamana punya cerita?

Atau memang Tun sendiri yang bawa masuk ejen CIA ke dalam AG Chamber buat sekian lama? Itu pun Tun kena beritahulah.
http://www.agc.gov.my/images/agcimages/chart/Carta%20Organisasi%20JPN.pdf
Cuba beritahu sat, siapa yang dikatakan ejen CIA itu?
Atau Tun jawab..
‘Saya tak ingat….’. Aduhai.
Advertisements