Itu dia sms yang ana terima. Mengikut sms yang dihantar oleh Zombie dalam parti kita (nombor orang dah mati), ada arahan khas oleh pimpinan pusat agar memastikan undi Nik Amar mesti kurang daripada 100.
‘PAS tak perlu ular dalam semak. Tewaskan Nik Amar bawah 100. Beri dia diam sampai kiamat. Arahan Presiden’
Ana cuba sms dekat 80 kali, tetapi tidak ada jawapan. Ana telefon, ada nada, tetapi tidak berangkat.
Dalam situasi menuju muktamat ini, kita faham ada usaha pihak luar nak lagakan kita. Malah, ada yang beritahu ana, sms ini berasal dari PWTC. Ana tak tahu betul atau tidak.
Ana cuba sms kepada TG Haji Hadi semalam. Tidak ada balasan. Ya lah, ana tahap nyamuk dalam parti, mana ada orang pimpinan nak layan.
Pada ana, cubaan untuk memalukan Nik Amar sehingga bawah 100 adalah sangat dahsyat. Ngeri. Siapa yang ada hati nak tanam politik ulama’ sampai macam itu, memang menempah neraka.

Apakan syarat-syarat pemimpin yang telah Islam tetapkan? Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

1. Pemimpin mestilah orang beriman dan bertakwa dan terikat kesetiaan kepada Allah.

2. Mempunyai akhlak Islam tidak terlibat dengan rasuah, jenayah,  konsperasi mengaibkan seorang muslim, isterinya menutup aurat dan  berpegang teguh dengan ajaran Islam.

3. Bersikap jujur dan amanah dan tidak menzalimi rakyat dengan tidak berlaku adil di dalam  pembahagiaan kekayaan hasil bumi dengan melanggar perjanjian yang telah  dipersetujui bersama.

4. Mengutamakah rakyat tidak   mengutamakan kroni dan kelompok tertentu di dalam pembahagian projek,  jawatan dalam pentadbiran dan sumbangan kebajikan atau subsidi.

5. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama  ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia  harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan  rakyat dan dengan negara lain.

6. Pembawa Amanah dan  mendaulatkan undang-undang Islam, tidak menolak hukum hudud dan tidak  memperkecilkan kemapuan syariat Islam dalam mentadbir negara. Pemimpin  menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah SWT yang disertai dengan  tanggungjawab yang besar. Al-Quran memerintahkan pemimpin melaksanakan  tugasnya untuk Allah SWT dan menunjukkan sikap baik kepada rakyatnya  sebagaimana Firman Allah SWT maksudnya :

“Iaitu  orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka  mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan  mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala  urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Pada ana, perwakilan jangan percaya dengan sms macam itu. Nak menjahanam kita lettew.

Advertisements