this is pantai timurKetua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil  keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan sempena Muktamar ke-59 bermula 22 November ini.

Keputusan itu dinyatakan dalam satu kenyataan di facebook beliau sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden, iaitu jawatan yang pernah disandang beliau empat tahun lalu.

“Pada saya, jawatan (timbalan presiden) itu adalah sangat besar dan di luar  kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat  beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.

“Tambahan pula buat masa ini, saya masih diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Negeri  Pahang, yang memerlukan tumpuan gerak kerja dan masa yang banyak bagi  menghadapi PRU ke-14 akan datang.

“Setelah meneliti ketiga-tiga  jawatan yang saya dicalonkan, antara Ahli Jawatankuasa, Naib Presiden  dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri  untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke-59 kali ini,” katanya.

THIS IS PANTAI TIMUR!

Muktamar kita pun ada asobiyyah juga sheikh. Bukan main hentam keromo. Dalam politik kita, semangat pantai timur memang tak boleh nak elak.

PAS kuat dan teguh, kerana prestasi kita di Pantai Timur. Jangan kita nak nafikan. Pas Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah nadi Pas. Yang negeri lain, kira macam tambah gula sahajalah.

Negeri Sembilan? PAS macam haram jadah. Bergaduh sama sendiri sejak dulu. Melaka? Hancur. Johor? Hidup segan mati tak mahu. Perak? Zambry mamak metalik tu pun tak mampu kita kalahkan. Perlis? Syok sendiri. Kedah? Ada masalah ejakulasi politik pra-matang. Baru ada kuasa sedikit, sudah inzal.

Sebab itu ana kata, gandingan Naib Presiden memang wajar seorang dari setiap negeri Pantai Timur.