Ana kadang-kadang rasa meluat dengan perangai pemimpin yang cakap besar, berdegar-degar, konon nak mempertahan Islam, konon nak parti bawa semangat Negara Islam, tetapi malas nak turun bantu pilihanraya.

Pada ana, perwakilan kena guna pru/prk sebagai tempat menilai pemimpin. Tak ada tempat yang lebih afdal dan baik. Inilah tempatnya.

Kalau pemimpin jarang nampak muka, hulur tak pernah, senyum jarang sekali, bantu tenaga dan kewangan pun kurang, kita nak lantik sebagai pemimpin di pusat? Jawabnya, almarhum parti kita sebelum 2018 nanti.

Ana cakap ni mengenai realiti. Mereka sedap-sedap komen itu ini, sedangkan mereka sendiri tak nampak muka.

YB Husam, contoh, walaupun jarang nampak muka di Sungai Limau, tetapi dana politik dia turun mencurah-curah. Seorang blogger dapat rasa RM2k sepanjang kempen. Kira oklah. Ubat tinggal anak bini.

Pemimpin macam ini kita kena ada. Baru sedap melawan.

Ini tidak, asyik umum nak bertanding. Hulur tidak.