Ana cukup gembira semalam apabila jentera DAP sudah memberikan anggaran kemenangan 2000 undi di Sungai Limau. Ana tak tahu macamana mereka kira, tetapi itulah angkanya.

Ana dibisikkan oleh Desmond, seorang pakar politik DAP yang dipinjamkan untuk PAS di Sungai Limau. Memang handal dia ni. Sekejap sahaja dia boleh kira menang/kalah. Sistem yang digunapakai memang kelas A. Bukan cap ayam punya.

Bayangkan, pukul 11 malam tadi, ada jentera DAP yang sudah buat parti. Keluar botol arak. Yam seng. Ana kata, jangan awal sangat. Mereka kata, Desmond sudah kira, angka 2,000 tidak lari.

Ana pun senyum dan sms semua kawan-kawan di seluruh negara. Macam-macam jawapan ada. Mabrouk! Islam!. Jahanam Mahathir. Lahanat Mukhriz. Macam-macam jenis. Ana baca sahaja.

Pada ana, kalau betul kira-kira DAP ini, elok Mukhriz letak jawatan dan tumpu tugas sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerlun. Jangan buang masa di pejabat MB. Orang tak suka.

Ana nak ucap terima kasih kepada semua jentera DAP yang beri sokongan padu di Sungai Limau. Berkampung sekian lama di Sungai Limau. Bawa ana ke Pulau Pinang dan merasa tinggal di hotel lima bintang. DAP ini memang rakan kala senang dan susah. Memang ana tabik spring.

Malam nanti kita dengar sama-sama. DAP sudah janji kita menang 2000 undi. Kalau betul, ana nak botak kepala. Ana nak cium dahi Desmond. Kalau Desmond ini terus bantu PAS, ana yakin, kita menang besar dalam PRU14. Tapi kita kena keluar modal sedikitlah. Ana diberitahu, untuk kerja 3 minggu, Desmond punya harga dekat RM100 ribu. Kalau menjadi apa salah. Setakat RM100 ribu, kita buat ceramah 3 kali dah cukup.