h20mukhrizAna bergerak dengan kawan-kawan dari Negeri Sembilan di Sungai Limau. Senang aje komen mereka, monang dah tentu.

Garang juga warih Iso Samad ni. Mereka lebih cekap.
Pemimpin Pakatan Rakyat yakin dengan rekod yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak dan kekuatan jentera PAS, parti itu mampu mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Tinjauan Harakahdaily turut mendapati, keputusan PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah satu keputusan yang tepat serta dapat meneruskan amanah yang ditinggalkan Ustaz Azizan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang ditemui menjelaskan imej yang ada pada Ustaz Azam menunjukkan beliau seorang yang peramah dan disenangi penduduk setempat.

“Melihat kepada imej yang ada kepada calon kita, Azam yang sentiasa murah dengan senyuman, berperibadian serta pengalaman dalam agama saya yakin rakyat menyenangi beliau.

Senyum Payau Mukhriz

Paling jelas, ana dimaklumkan oleh rakyat di Sungai Limau, senyuman payau Mukhriz tidak akan mendapat simpati mereka. Sesi sengih dan senyum, Mukhriz dan Menteri Amaran tidak ke mana.

‘Politik UMNO tak masuk buku’, kata Pak Ya Sungai Limau.

Kalau berdasarkan respon rakyat, Mukhriz akan berdepan kekalangan yang ketiga kali ini.

Nasib baik Mahathir tak turun. Kalau Mahathir turun, bukan setakat tewas – bungkus.

Advertisements