Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara sinis mencabar  bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun  berkempen di situ selepas anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir ditolak  anggota Umno dalam pemilihan Umno yang baru sahaja selesai.
“Kenapa kita perlu pertahan Sungai Limau? Kita mahu bagi mesej jelas  kepada BN, Umno dan Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pemilihan,”  katanya Azmin sewaktu berucap pada majlis pengumuman calon PAS semalam.
“Dalam mesyuarat pimpinan Pakatan, saya diminta fokus di Sungai Limau untuk berdepan Mahathir.
“Saya tak takut dengan Mahathir tetapi saya takut dengan Allah. Saya  akan lawan Umno dan BN habis-habisan sampai mereka kalah di Sungai  Limau.

Ramai jamaah kita yang geleng kepala bila Azmin buat ucapan macam itu semalam. Mereka kecewa, kerana Azmin sudah buat silap. Azmin tak faham politik Kedah. Azmin tak faham mentaliti orang Sungai Limau.
Azmin kena tahu, banyak beza pemikiran orang politik di Gombak dengan di Sungai Limau. Kalau Azmin benci Mahathir sekalipun, tapi orang Sungai Limau tidak sampai tahap benci. Ada adabnya.
Keputusan di kalangan blogger Pas semalam, kita tidak akan guna isu JAHANAM MAHATHIR di Sungai Limau. Kita kata TERIMA KASIH AZIZAN. Rakyat kena berterima kasih kepada mantan MB. Itu line kita.
Cara Azmin ini ramai yang rasakan terlalu kurang ajar. Biadap. Tak kena dengan mentaliti orang kampung di Kedah.
Ramai juga yang kata, elok Azmin jangan datang lagi ke Sungai Limau. Bukan kasi tambah undi. Kasi jahanam.