Keputusan Nik Abduh Nik Aziz untuk tidak mempertahankan kedudukannya sebagai  timbalan ketua dewan pemuda Pas adalah tepat. Alasan beliau kerana  hendak beri laluan kepada orang muda dan beliau sendiri sudah 10 tahun  dalam pemuda. Itu alasan belau. Tetapi dalam pemerhatian saya,  pengunduran itu kerana ketidakmampuan beliau untuk memimpin Pemuda. Arus politik sekarang ini yang lebih sofisikated dan bukan hanya sekadar membuat catatan isengan di facebook atau membaca petikan  ayat-ayat Quran memerlukan mereka yang lebih kompeten dan memikir jauh  ke depan dalam politik, apa lagi di cekrawala anak muda. Menyedari  hakikat itu juga Abduh bukan sahaja hanya perlu sepenggal dalam  kepimpinan pemuda tetapi kalau beliau gagal meletakkan diri sebagai  seorang ahli parlimen yang aktif dan progresif nampaknya sepenggal  jugalah dia menjadi MP.

Sekali lagi ana setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh Abang Sayuti. Sayang, kerana Nik Abduh lambat untuk mematangkan diri dalam politik. Tidak mahu mengeluarkan modal untuk memperkasa politik diri sendiri.
Sepanjang ana ke Parlimen, prestasi Nik Abduh memang mengecewakan. Balik-balik soal Menteri Belia dan Sukan. Kena main sahaja dengan YB Menteri.
Ana juga setuju, dalam memilih pemimpin Pemuda Pas, kita kena cari yang ada akal dan sekolah tinggi.
Ana nampak Wan Saiful Wan Jan sahaja yang layak diangkat sebagai Ketua Pemuda. Barulah kita mampu nak lawan dengan KJ dan jentera duitnya.
Ana bukan apa, kita ni selalu takut sangat kepada bakat baru. Kalau ada bakat,kita akan tanam politik dia. Wan Saiful Wan Jan, pada ana, boleh letak kan Pemuda Pas seiring dengan Pemuda UMNO.

Wan Saiful Wan Jan is the Founding Chief Executive of the Institute for Democracy and Economic Affairs.[1] He received his education at boarding school Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur, before heading to Tonbridge School, England. He holds a BA (Hons) in Management from Northumbria University and an MSc in Research Methodologies from Middlesex University.

Wan Saiful lived in the United Kingdom between August 1993 and October 2009. He worked for several organisations there, including the Commonwealth Policy Studies Unit think tank, the British Conservative Party’s Research Department, and Social Enterprise London. From 2007 to 2009,  he was vice chair of Luton Conservative Association and Head of Policy  for the Conservative Muslim Forum. In May 2007, he contested in the English local elections as a Conservative Party candidate.

Apa kata kita beri dia peluang.

Dia pandai cakap orang putih. Ahli seumur hidup Pas. Orang kuat Ku Li. Kalau kita letak Wan Saiful sebagai Ketua Pemuda, barulah debat dengan Pemuda UMNO ada saingan. Kalau letak YB Temerloh, jawabnya kita padam awal lah.

Penting beri Wan Saiful tempat, supaya dia boleh berdebat dengan PKR dan DAP dengan lebih baik. Anwar pun takut dengan Wan Saiful ni.

Advertisements