http://msomelayu.blogspot.com/2013/10/ulasan-sidang-dun-kelantan-7-10.html#more
Pertamanya, saya ingin memuji kepada kerajaan kerana menyediakan kemuduhan internet. Yang berani menyiapkan sidang dewan secara langsung dengan penuh keterbukaan. Tanpa sensor sedikit pun, kecuali tindakan tidak pro speaker menutup pembesar suara semasa Adun, Husam Musa salor bercakap. Saya rasa hanya kerajaan Kelantan sahaja yang telus di dalam perkara ini. Keberanian yang tepat pada masa inilah yang dikagumi dan secara tidak langsung sekali lagi Kelantan mengungguli dan mendahuli negeri lain.
Justeru kerana persidangan itu dipancar secara langsung, maka saya mengira perlu disedari oleh ahli-ahli dewan, seperti mana diperingatkan Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat sidang dewan diikuti oleh seluruh dunia. Ertinya setiap apa yang berlaku di dalam dewan diintap dan diperhatikan. Justeru semua Adun serta orang yang berada di dalam dewan, kalau hendak kentut pun harus mengikut rukun-rukun dan peraturan agar ia tidak mencacatkan dewan dan menyerlahkan kebusukan kecil dan kebusukan besar.
Saya memerhati perjalanan dewan ini hampir 80%. Kalau terlepas pun ialah mengenai ucapan bajet oleh MB Ahmad Yaakub. Tetapi saya men’qada’kan dengan membaca dan meneliti keseluruhan teks ucapan beliau yang dimuatkan dalam sebuah portal berita. Saya menilai sebagai ucapan bajet pertama beliau sebagai MB dan sebagai penerusan kepada kecemerlangan Tokguru Nik Aziz ia dikira berjaya.
Ulasan MSO ini memang selalu berpihak kepada Husam. Mungkin ada bantuan kewangan setiap bulan dari Husam. Itu kita boleh faham.
Tapi rasanya perlu juga diingatkan kepada Husam, tak payah nak berlagak baiklah. Macam ada integriti sangat. Zaman dia, siapa berani nak sound? Sebab sikit-sikit dia guna nama Tok Guru.
‘Tok Guru arah saya…’
‘Tok Guru minta saya uruskan….’
‘Di atas arahan Tok Guru…ana hanya pelaksana….’
‘Ana tiada dapat apa-apa sheikh…semua Tok Guru…’
‘Tok Guru minta dana sedikit…’
‘Tok Guru mohon diberi segera…’
Ayat-ayat ini kita biasa dengar zaman Husam jadi most powerful exco di Kelantan. Bila sampai peluang orang lain, Husam nak bising pulak?
Oktober 11, 2013 at 7:35 pm
Betul ana sokong.sudahla husam zaman ente pun bukab baik sgt pun kelantan.
Oktober 19, 2013 at 7:14 pm
teringat barisan batu asas