Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, 07 Okt 2013

Pendirian saya tentang Syiah adalah jelas sejak dahulu hingga sekarang bahawa
1. Syiah merupakan satu aliran mazhab yang bercanggah dengan ahlu sunnah wal jamaah.
2. Pelampau Syiah boleh membawa kekufuran seperti mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi saw dan melampau dalam mengagongkan Ali r.a.
3. Atas kecelaruan dan kesesatan fahaman Syiah, ia tidak wajar dibiarkan  tersebar di Malaysia. Pihak berkuasa perlu bertindak menurut lunas  undang-undang bagi menyekat penyebaran fahaman ini
4. Penjelasan  tentang ajaran dan kesesatan Syiah mesti sentiasa dilakukan supaya tidak ada kalangan ahli sunnah wal jamaah yang terpengaruh sama ada pada  pemikirannya atau pada fiqhnya yang bercanggah dengan al-Quran dan  al-Hadis.
5. PAS sebagai gerakan Islam yang berpegang dengan fahaman ahli sunnah waljamaah tidak membolehkan ahlinya berfahaman Syiah.

Ana puji Ulama’ yang berani buat ketetapan mengenai Syiah begini. Memang berani dan tak takut mati politik awal.

Ana nak ulang banyak kali, at Takiri ini memang boleh diketengahkan sebagai pemimpin utama Pas. Memang layak. Cakap tidak berlapik.

Kalau kita mahu ulama’ memimpin PAS, inilah orang yang perlu kita ketengahkan sebagai pemimpin.

Advertisements