Setiausaha Dewan Ulamak, Dr Khairuddin Aman Razali baru menelefon saya berhubung  tulisan saya. Dia menjelaskan beliau tidak bermaksud hendak  merendah-rendahkan Mohamad Sabu menerusi laporan di dalam protal berita  (MalaysiaInsider) tempoh hari yang kemudian berikan reaksi oleh saya. Katanya beliau menghormati Mat Sabu sebagai pemimpin yang hebat cuma mungkin ada sedikit kekurangan mengenai agama. Tetapi niat dan maksudnya bukan hendak merendah-rendahkan. Saya sebagai  penulis (pengkritik) kecil gembira dengan respon YB Kuala Nerus ini,  jelas dia menampakkan sikap beliau sebagai pemimpin yang tidak mudah  melatah dengan kritikan dan teguran serta gentlemen. Dalam  percakapan itu saya menjelaskan agar beliau pandai memilih kata-kata  jangan sampai disalah anggap. Saya hanya membuat teguran kepada pemimpin yang terpilih sahaja. Malam ini Khairuddin akan berceramah bersama Mat  Sabu dalam majlis Ijtimak Tarbawi yang kini sedang berlangsung di Johor. Wassalam Mso.
Kita bergaduh dalam Pas, bukan macam dalam UMNO. Pendekatan kita mudah. Terbuka. Sesiapa pun boleh memberi pendapat. Tapi, jamaah dan parti diutamakan.
Tidak macam UMNO. Kalau dah bergaduh, habis semua benda dalam kain dia bukak. Selagi ada bulu, dia akan cari salah.
Ana memang suka baca satu blog orang UMNO totok bernama Syed ni. Dia ini memang meroyan jatuhkan pemimpin UMNO. Satu demi satu.
Perangai buruk macam ini yang tak ada pada kita. Jiwa kita tenang. Tak macam jiwa Tuan Syed Mamak Bendahara.
Tengok cara kita, dalam satu majlis ijtimak sahaja, kita boleh selesai masalah. Syiah dan Sunni duduk di atas pentas yang sama. Ulama’ dan profesional di atas pentas yang sama. Macam ini baru matang.
Tahniah penganjuran Ijtimak. Ana memang happy.