Kata setiausaha Dewan Ullamak, Khairuddin Azman Razali berkata pengetahuan Mat Sabu tentang Islam tidak mendalam. Tidak seharusnya seorang menganggap diri sebagai ulamak menjatuhkan air muka orang di khalayak. Islam itu mengajar agar kita berwaspada dalam bercakap dan jangan sampai menyinggung pihak lain. Apa lagi soal fakih (tahu mendalam) mengenai agama atau tidak bukan boleh diukur dengan kayu ukur zahiriah. Dalam Islam ada satu cabang lagi yang tidak boleh dilihat orang iaitu IMAN dan keyakinan. Bagi saya kenyataan Khairudin itu tidak berhemah dan tidak bijaksana. Politik tidak akan menang dengan membaca ayat-ayat Quran, bermunajak dan berdoa sahaja. Aspek ikhtiar (usaha strategi dan tektik) perlu seiringian dengan harapan dan permintaan. Khairuddin perlu memohon maaf kepada Mat Sabu atas kata-kata seperti mana dilaporkan. Wassalam Mso.

Etnik cleansing sedang berlaku di Kelantan waktu ini. Sudah terdengar cakap-cakap penjawat dan lantikan politik di Kelantan yang dikenali sebagai kroni Husam Musa kini sedang diambil tindakan. Pembersihan kroni katanya rancak dilakukan. Mana-mana penjawat politik atau pun pegawai di GLC yang dilantik di zaman Husam Musa menjadi Exco atau pengerusi kepada GLC berkenaan kini sedang dibersihkan perlahan-lahan. Beberapa orang yang dikenal pasti sudah pun dilakukan. Harapnya MB Ahmad Yakub memerhati tindakan ini jangan sampai orang menuduh beliau merestui tindakan ini. Membiarkan perkara ini tanpa ditegur mendatangkan keburukan kepadanya. Kuasa proregatif sebagai MB hendaklah tidak digadaikan.

Sebagai MB Ahmad Yakub harus bersikap adil dan saksama didalam hal ini. Jika sebelum ini ada tuduhan mengatakan Husam melantik orang-orangnya mengisi jawatan tertentu dan itu sebagai tindakan kronisme dan nepotimse, jangan pula hal yang sama berlaku. Selepas buang dan pecat orang Husam dilantik orang kita. Kalaulah begini sikapnya antara Husam dan orang mengatakan Husam ‘dolu-dolu’ itu ia dua kali lima sahaja. Ikan belacat lebih kurang sahaja ikan ruan. Wassalam Mso.

Antum tengok sendiri lah apa yang berlaku pada ketika ini. Jangan kata ana bawak cerita. Memang Perang Saudara sedang berlaku antara kita. Macam-macam cara. Bunuh politik. Bunuh berniaga. Semua ada.

Nasib baik ana tak ada sokong kuat siapa-siapa. Blog ini marhaen. Duit tak ada. Main rembat ikut suka.

Tapi disebabkan ana diajar ikut Ulama’. Ana akan tetap bersama Ulama’. Khairuddin al-Takiri bukan kecik anak boh. Tahap Mufti doh tu. Kerajaan Arab Saudi minta dia banyak kali doh, jadi penasihat Sultan. Dia tak mboh. Sebab sayang perjuangan Pas.

Kerajaan Qatar, Yemen, Bahrain, UAE semua minta al-Takiri jadi penasihat. Semua dia tolak. Kalau nak ikut, dia nak pakai Hummer bila-bila masa. Tak mahu jah.

Jadi, kita kena dengar cakap Ulama’ begini. Kalau tak…ke laut lah kita.