Sudah sampai masanya diadakan himpunan seperti Bersih, tetapi kali ini  untuk menuntut penyiasatan dan tindakan diambil kepada mereka yang  didapati bersalah dan bertanggungjawab berdasarkan Laporan Ketua Audit  Negara.

“Tekanan untuk perkara ini diberi perhatian perlu datang  daripada rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim  Tuan Man.

Tambahnya, tekanan harus diteruskan sehingga kerajaan BN mengaku bahawa kerajaan mereka boros.

Jika tidak, kata beliau budaya ketirisan itu akan berterusan dan rakyat akan disuruh terus membayar lebih untuk menampung kos kehidupannya untuk  membolehkan kerajaan BN terus berboros dalam perbelanjaannya.

Katanya lagi, ketirisan yang dilaporkan setiap tahun dalam Laporan Ketua Audit  Negara menunjukkan Malaysia memerlukan rasionalisasi perbelanjaan di  semua jabatan kerajaan terlebih dahulu sebelum menghukum rakyat dengan  rasionalisasi subsidinya.

Menurutnya, tidak adil buat kerajaan  yang hanya tahu suruh rakyat membayar lebih 20 sen seliter untuk minyak  yang menjadi keperluan hariannya untuk mencari rezeki tatkala  agensi-agensi kerajaan terus menerus melakukan pemborosan membeli  perkakasan yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

Ana setuju benar dengan pandangan Tuan Ibrahim ni. Ini yang kita perlukan sekarang. Kita turun ke jalan raya, desak rakyat dalam isu Audit ni. Memang bernas.

Jujur ana kata, kita dah macam hilang stim. Kurang impak politik. Korang tengok prestasi ahli-ahli Parlimen kita dalam sidang? Macam haram. Senyap seribu bahasa. Kecuali MP Sepang. Handal. Memang layak ada di situ.

Yang lain, ana rasa macam patung pun ada. Kuala Nerus yang diharapkan jadi suara kuat ulama’ dalam Parlimen dah macam tak ada minat. Duduk seronok makan elaun YB sahaja.

Ana cadang kita buat kempen #Shutdown macam di Amerika. Baru lah orang muda suka. Bagi nama ganas sikit.

Anwar boleh sokong penuh? Berilah duit sikit untuk Pas.

Advertisements