Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berpandangan Muktamar Tahunan PAS  kali ke-59 pada November depan menyaksikan perbahasan dari perwakilan  yang semakin matang dalam menentukan hala tuju politik.

Beliau  yang melihat perkembangan itu dari sudut positif dan PAS seharusnya  bersedia untuk menyediakan ruang dan peluang bagi perwakilan menyatakan  hasrat pandangan mereka demi kebaikan parti pada masa akan datang.

“Saya sendiri melihat aspek ini daripada sudut yang positif di mana keyakinan saya PAS harus berbangga dan bersedia untuk menyediakan ruang dan  peluang bagi perwakilan menyatakan hasrat mereka pandangan mereka demi  kebaikan parti.

“Ini dapat saya baca dan tekuni melalui kehadiran dalam majlis mesyuarat agung tahunan PAS peringkat kawasan, di mana  ahli-ahli telah mula peka dengan peraturan dan perlembagaan parti.

Ana sendiri ada jumpa dengan Naib Presiden ini minggu lalu. Lain pula bunyinya. Abang Din cukup risau dengan suasana sekarang. Dia kata, risau sebab ahli Pas makin vokal. Dah tak simpan kuku.

Abang Din sendiri rasa perubahan ini berbahaya. Ahli sudah tak simpan untuk kritik kepimpinan. Abang Din sendiri kena balun teruk.

Betul, perwakilan kita makin matang. Tapi mereka pun makin kasar. Larat tak larat sahaja kita nak layan.

Abang Din sendiri mengaku pada ana, elemen politik Syiah menular teruk dalam Pas. Mereka nak revolusi. Tak nak tunggu.