NGO yang bertanggungjawab memberikan penerangan tentang kesan Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA), Bantah TPPA  menjelaskan gabungan itu ditubuhkan bukan atas kepentingan politik, perniagaan mahupun mewakili mana-mana kaum.

Sebaliknya, gabungan yang ditubuhkan pada Jun 2013 lalu itu hidup di atas kebimbangan serius dan objektif melihat bahayanya perjanjian TPPA yang bakal ditandatangani kerajaan Malaysia.

“Bantah juga lahir dari kesedaran individu-individu dan NGO yang celik pada bahaya dan ancaman TPPA yang diusulkan NGO, Blindspot, majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Jawatankuasa Anti FTA.

“Malah, ia menjadi gabungan anti-TPPA terbesar negara yang dianggotai 60 NGO  dan sembilan majlis gabungan seperti MAC, MCTC, MTUC, MPM yang setiap satu diwakili lebih dari 50 NGO masing-masing,” kata Bantah TPPA dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan apabila Bantah menyedari terdapat beberapa kesalahan dan kenyataan bercanggah berkaitan organisasi Bantah.

Ana cadang kita buat demo besar-besaran sewaktu Obama datang Malaysia nanti. Jangan bagi chance. Kalau boleh, buat macam Ustazah Ambiga kita buat sewaktu Bersih.

Ini peluang kita untuk tunjukkan bahawa kita kuat dan boleh meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Ini masa kita tunjuk kita ada calon PM.