http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/22136-kajian-rakyat-mahu-najib-letak-jawatan

Pembentangan hasil kajian ‘Politik Malaysia Pasca PRU13’, oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya.

Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan “Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?”

Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah.

“Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan,” katanya.

Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008.

Ana kecewa sebab tokey UMCEDEL tak ada telor nak cakap peratusan yang ada. Apa nak takut? Patutnya dia lambak aje. Ini bukan masa nak main politik condom.

Profesor tersebut patut lambak semua. Kalau kena pecat pun, kita boleh lantik ke Institut Rakyat. Walaupun bukan Pas yang bayar.

Inilah masalah dengan profesor kita ni. Cakap pandai. Buat research pandai. Tapi bab nak nyatakan pendirian, penakut yang amat. Setakat gaji RM30k sebulan, Anwar boleh bayar lah wei.
Advertisements