Ana nak gunakan posting kali ini untuk merungkai mesej tersirat Mamu Mahathir dalam postingnya. Ana nak buat stail macam Syed Outsyed the Box. Blogger nombor wahid penyokong Mamu.

1. Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat  UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua, dan ia akan maut  kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui  ajalnya.

(TUN M mengakui UMNO sudah sakit. Injured. Patah riok. Macam-macam sebab. Terutama sekali sebab rasuah lah. Bab rasuah dalam UMNO ni mula zaman Mahathir lah pun. La…dia nak salahkan orang lain. Chantek).

2. Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita,  cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan  sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

(Tengok sama lah kat anak dan cucu saya. Kalau bukan Mukhriz, anak Mukhriz. Kalau bukan Mukhriz, Marina. Anak Marina. Depa semua mengaji elok. Boleh jadi PM semuanya).

3. Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis  akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan  dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya  mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan  kepimpinan saya melalui anak saya. Mungkin secara kebetulan ini akan  terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk  kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada  tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya,  sepatutnya saya berusaha semasa saya Perdana Menteri. Tetapi saya tidak  berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan,  dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit  sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

(Semua bekas PM boleh dok jadi pemimpin UMNO. Apa salah anak saya? Apa lagi UMNO mahu?)

4. Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa  maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat  meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa  Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua  peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam MajlisTertinggi.  Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

(Lagi sekali dok ulang benda sama. Dah nak melingkup UMNO ni pun).

10. Malangnya ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak  banyak. RM200/- pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO.  Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual  maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur  mahupun yang menerima.

(Mukhriz pun sama. Dia pun pakai juga masa lawan KJ. Nak buat lagu mana).

12. Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka  tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah Negara kita dahulu  lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih  kecil lagi jika perasuah memimpin Negara ini.

(Duit 1Azam pun mereka boleh kebaih. Gila.)

13. Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh  ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan  Kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah  PRU13. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun  yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap  akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak  lebih baik.

(Tun nak kata Najib ka ni? Awat lah Tun?)

Banyak lagi perenggan, malas nak ulas. Tapi kali ini kita akan nampak pertandingan Mahathir lwn Pak Lah 2.0. Seronok oo.