Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Tengku Maimon Tengku Mat hari ini menarik diri dari menganggotai panel tiga hakim perbicaraan kes rayuan liwat 2 yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu diputuskan secara sukarela selepas kedudukan beliau sebagai panel hakim kes itu mendapat bantahan daripada barisan peguam Ketua Umum PKR itu.

Pengganti Tengku Maimon akan diputuskan dalam perbicaraan yang akan di sambung esok pagi.

Menurut Ketua Pasukan Peguambela yang mewakili Anwar, Karpal Singh, bantahan tersebut dibuat kerana Tengku Maimon merupakan pesuruhjaya kehakiman yang terlibat dalam prosiding saman fitnah Anwar terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan homoseksual pada 2007.

“Permohonan dibuat untuk mengenepikan Tengku Maimon dan permohonan itu berjaya. Dia sendiri yang ketepikan diri sendiri sebagai hakim kes ini,” kata Karpal.

Selain Tengku Maimon, dua lagi panel hakim yang mendengar perbicaraan itu, Datuk Ramli Ali (ketua) dan Mohd Zawawi Salleh.

Terdahulu, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Anwar tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu beliau, Saiful Bukhari Azlan.

Pada ana, ada sebab Dewan Ulama’ suruh kita kaji semula hubungan dengan PKR. Satu daripadanya isu liwat inilah.
Sumbang sungguh rasanya sebuah parti islam nak mempertahan seorang pengamal seks begini. Dah didapati tidak bersalah? Allah..macam lah kita baru kenal Pak Sheikh.
Bila Harakah penuh dengan cerita liwat, jawabnya makin liatlah undi rakyat kita nak dapat. Pas pun sibuk dalam kes homoseksual. Acaner tu?
Kalau ana editor Harakah, cerita liwat ana tak siar. Yang main dia. Yang sedap dia. Yang masuk dia. Kita pulak nak kena pertahan. Where got road?