dialogues-woth-chin-pengSeorang anggota jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak  berkuasa Malaysia sepatutnya membenarkan agar bekas pemimpin Parti  Komunis Malaya Chin Peng dikebumikan di negara ini.

Menurut Dzulkefly, pemimpin Malaysia harus bertindak demikian dengan  sebagai tanda kemuliaan hati dan harga diri negara ini, sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Malaysia perlu memberi kebenaran  tersebut demi keadilan, katanya yang menambah, beliau membuat saranan  tersebut walau tidak bersetuju dengan Chin Peng dari segi ideologi dan  tindakan melampau PKM.

“Tindakan British dan Jepun juga melampau tetapi kita memaafkan mereka, kita melupakan dan berbaik dengan mereka semula.

“Chin Peng memerangi Jepun dan kemudian penjajah British. Beliau juga pernah diberi penghormatan oleh Queen,” katanya.

Kenyatannya itu berbeza dengan pandangan pemimpin Umno dan juga oleh ketua polis  negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang berpendapat bahawa Chin Peng lebih sesuai disemadikan di Thailand.

Ana setuju sangat dengan pandangan Dr Dzul. Kita ni, orang Melayu dan umat Islam memang terlalu sensitif dengan perkara yang bodoh dan tidak bertempat. Apa salahnya kalau Chin Peng nak dibawa balik ke Malaysia?

Dosa sangatkah Chin Peng dalam sejarah Malaysia? Pada ana, jasa Chin Peng dalam mencari kemerdekaan negara pun besar. Malahan, boleh jadi lebih besar daripada jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak pun. Orang putih lebih takut kepada Chin Peng berbanding pemimpin Melayu.

Dr Dzul punya fakta yang tepat dan betul. Orang Melayu sahaja yang takutnya melampau-lampau.

Agaknya, khuatir mayat Chin Peng bangun dan mula berarak dan berkawad di Dataran Merdeka. Ataupun Chin Peng terpacak dalam lif di Bangunan Perdana Putra. Ataupun Chin Peng merayau-rayau di KLCC nak beli minyak wangi.

Sampai bila kita nak diperbodohkan. Sampai bila kita nak ditakut-takutkan oleh isu macam ini.

Chin Peng adalah pejuang. Dia banyak berjasa kepada negara – dengan cara dia. Sama macam Kit Siang. Sama macam Guan Eng. Takkan kalau Kit Siang mati, dia tak layak dimakam di Makam Pahlawan. Apa salahnya. Kata 1Malaysia? Patut kena terbukalah.

Pada ana, kalau boleh, biarlah Chin Peng kembali ke Malaysia. Dah mampus pun. Bukannya hidup. Kalau benda mampus pun kita takut, tak payah cakap pasal perjuanganlah. Getik teman.

Advertisements