nik-amar-side-june9Ana nak ucap setinggi-tinggi tahniah kepada PAS Besut yang berani mencalonkan Nik Amar sebagai Timbalan Presiden PAS.
Blog ini sudah beberapa kali mengatakan, kalau ada seorang pemimpin yang boleh mengembalikan zaman kegemilangan PAS, orang itu adalah Nik Amar.
Kita semua kenal dengan anak seorang ulama’ di Kelantan ini. Pernah mengajar di UIAM. Punya hubungan rapat dengan set Anwar Ibrahim (UIAM, IIIT, IKD dan lain-lain).
Kita mahu pemimpin yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Profesional. Ulama’ tapi pandai berniaga. Ulama’ tapi bijak cari duit untuk parti. Ulama’ dan tidak check in dengan perempuan di hotel. Ulama’ dan tidak kacau bini orang dalam telefon.
Nik Amar ini ada thiqqah untuk jadi seorang pemimpin yang baik. Bijak. Tidak ada liabiliti. Malahan, Nik Amar ini lebih baik daripada kebanyakan pemimpin kita di Parlimen pun. Thiqqah ada. Ilmu tinggi.

PAS Besut mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd  Amar Nik Abdullah untuk mencabar penyandang jawatan timbalan presiden  Mohamad Sabu (gambar) dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Resolusi PAS kawasan itu sebulat suara supaya Datuk Seri Abdul Hadi  Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS bagi sesi akan datang.

Muktamar tahunan PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini bagi memilih kepimpinan baru sesi 2013-2015.

Pemilihan kali ini turut mendapat perhatian daripada Mursyidul Am PAS,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa timbalan presiden harus dipilih dari kalangan ulama.

Dengan pencalonan Nik Amar oleh beberapa kawasan membuktikan saranan  Mursyidul Am itu diambil kira oleh setiap kawasan bagi pemilihan PAS  akan datang.

Nik Amar sudah mendapat layak untuk bertanding sebagai timbalan presiden PAS dalam pemilihan akan datang.

Dalam pada itu, PAS Besut turut menamakan tiga calon untuk merebut  jawatan naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Ana harap benar, Nik Amar dapat ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru. Barulah PAS ada peluang nak kembali popular dan berkesan.