Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, tumpuan diberi bagi menarik pelabur dari Asia Barat dan Asia Timur ke Kelantan.

Katanya, Asia Barat termasuk Oman, Kuwait, dan negara-negara Arab lain, manakala Asia Timur pula China dan Jepun.

“Enam siri pelaburan ke luar negara akan dilaksanakan tahun hadapan. Tiga misi perdagangan akan memberi tumpuan kepada negara di Asia Barat dan tiga lagi ke Asia Timur,” katanya di sini.

Delegasi itu akan diketuai Menteri Besar selaku pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Pelaburan Negeri.

Ahmad juga berkata, tumpuan diberi kepada pelaburan dalam bidang halal hub dan industri berasaskan mineral terutamanya limestone yang belum diusahakan secara industri.

Menurutnya juga tumpuan kerajaan negeri sekarang berusaha bagi mencapai sasaran membina 5,000 rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah.

Katanya, kerjasama agensi kerajaan negeri dan pihak swasta sedang dijalankan.

Baru-baru ini Yayasan Islam Kelantan dengan kerjasama syarikat Hectares dan Acter Sdn Bhd melancar projek bercampur di kawasan seluas 115 ekar di Kok Lanas. Sebanyak 135 unit rumah mampu milik akan dibina.

“Kita yakin boleh capai sasaran 5,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 5 tahun. Program tersebut sebagaimana dijanjikan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan pada pilihanraya umum lalu,” katanya.

Ana dimaklumkan orang di SUK, semua projek baru di Kelantan adalah di bawah idea Timbalan Menteri Besar, dan bukannya MB.
Lawatan pelaburan pun disusun oleh TMB. Hubungan baik Nik Amar dengan pemimpin tertinggi negara Arab sewaktu mengajar di UIAM akan diguna sebaik mungkin. Malahan, TMB ada keinginan nak berjumpa dengan Mahathir dalam masa terdekat.
‘Apa masalah jumpa Tun? Anwar pun nak jumpa Tun. Apa salah kita jumpa’, kata TMB dalam majlis parti baru-baru ini.
Pada ana pun, Pas perlu main politik bijak. Jangan nak jadi bodoh. Kalau perlu jumpa Mahathir, kita pergilah jumpa. Apa yang susah sangat. Mana tahu Mahathir boleh beri idea macamana nak majukan Kelantan.
Yang bermusuh teruk dengan Mahathir, Anwar. Bukan kita.
Advertisements