Penantian rakyat Kelantan untuk melihat Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bakal menjadi kenyataan selepas mendapat komitmen penuh syarikat dari Emeriah Arab Bersatu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sebuah konsultan, Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sudah menyampaikan kajian lengkap mengenai projek tersebut.

“Kita akan putuskan secara rasmi dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri tidak lama lagi selepas mendapat maklumat awal cadangan projek.

“Selain itu aspek pembiayaan turut dibincang bagi mendapat kerjasama Bank Pembangunan Asia (IDB).

“Berdasar kepada taklimat mereka 5 September lalu perkembangannya cukup positif. Jadi kita berharap ia sebagai suatu kejayaan,” katanya di sini.

Lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km dirancang kerajaan negeri ekoran projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad memberitahu kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan.

Pada ana, kerajaan kita jangan suka nak sembang kemas.
IDB? Setahu ana, IDB hanya membantu projek yang bersifat G to G. Gomen to gomen. Kerajaan Pusat bukan Kerajaan Negeri. Kita nak bohong siapa?
Kali ini, MB baru sudah kena geromal dengan orang keliling. Projek ini pada ana, tak akan jadi. Tak ada keuntungan ekonomi. Kalau EMIRATES nak masuk, mesti ada untung. Bukan setakat nak jaga air muka pemimpin Pas.
Ana malu dengan kenyataan yang menipu rakyat seperti ini.
Advertisements