Bahang kenaikan harga minyak kini bukan sahaja dirasai pelbagai lapisan rakyat  malah turut mendapat reaksi negatif tokoh politik Umno.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik akhbar Sinar Harian, 7 September, mengecam kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Razak kerana gagal membendung gejala rasuah dalam pwntadbiran negara hingga menjejaskan rakyat.

Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel dan Ron95 seperti diumumkan Perdana Menteri, 2 September lalu, bekas Menteri Kewangan itu sebaliknya mahu gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar pentadbiran negara ditangani segera.

“Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan jumlah wang yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripadanya,” tegas beliau.

Menurut bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu, kerajaan membiarkan rakyat bawahan membayar los tambahan akibat daripada kos projek yang terlalu mahal.

“Ini tak boleh diteruskan lagi. Kerajaan sepatutnya kena tanggung dan selesaikannya,” tegasnya dalam satu sidang media.

Beliau yakin banyak masalah dapat diselesaikan jika gejala rasuah diatasi.

Tengku Razaleigh turut mencadangkan agar semua pemimpin kerajaan sama ada menteri atau bekas menteri mengisytiharkan harta masing-masing sebagai langkah berkesan membendung gejala rasuah.

Ini bukan kenyataan pemimpin kita. Ini kenyataan Ku Li. Orang UMNO sendiri.
Rasanya Pas akan lebih mudah untuk bersama dengan UMNO kalau ada pemimpin macam Ku Li.  Memang pemimpin sebenar.
Tak ada cara ke untuk kita bawa masuk Ku Li ke dalam Pas? Beri jawatan penting. Naib Presiden dan benarkan Ku Li bercakap di atas pentas Pas. Pada ana, ini strategi bagus untuk PRu14.
Advertisements