Ana dapat maklumat sahih, daripada seorang kawan UMNO, pertembungan sesama sendiri di Terengganu sangat dahsyat. Ana dimaklumkan, Menteri Besor Terengganu masuk campur di seluruh bahagian, kecuali Besut.

Ini tahap lawan menang jadi arang, kalah jadi abu boh. Siap hantar santau dan hantu raya.

Penyusunan dilakukan lengkap dengan bantuan kewangan yang agak banyak.

Ini yang kita seronok ni. Boleh jadi macam tahun kita menang PRU dulu. Mereka gaduh sama sendiri. Kita jadi MB. Ada peluang untuk PRU 14 ni.

Saingan sengit dijangka berlaku dalam pemilihan beberapa bahagian Umno di Terengganu dengan tumpuan utama kepada Marang dan Kuala Terengganu.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar dijangka bertanding sekali lagi merebut jawatan Ketua bahagian Marang yang kini disandang Datuk Yahaya Khatib Mohamad.

Bekas ahli parlimen Marang itu kalah kepada Yahaya dalam pemilihan bahagian pada tahun 2008.

Bagaimanapun, ketika dihubungi hari ini, Abdul Rahman enggan mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Ketua Umno Marang.

“Tengok dulu kerana saya belum membuat keputusan. Tunggu hingga 27 September iaitu hari untuk mengesahkan bertanding atau tidak,” katanya.

Peluang Abdul Rahman dan Yahaya seimbang kerana kedua-dua tidak lagi bergelar wakil rakyat.

Yahaya kalah di kerusi Parlimen Marang dalam pilihan raya umum lalu, manakala Abdul Rahman tidak bertanding.

Namun Yahaya tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan sama ada beliau mahu mempertahankan jawatan atau sebaliknya.

Menurut Abdul Rahman, jawatan Timbalan Ketua Bahagian yang kini disandang oleh Alias Abdullah akan dicabar.

Kuala Terengganu dapat ketua baru

Dalam pada itu, Umno Kuala Terengganu juga bakal mendapat ketua baru kerana Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak mempertahankan jawatan itu.

Speaker Dewan undangan Negeri Terengganu Mohd Zuber Embong mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Menurut sumber, Timbalan Ketua Bahagian Datuk Sabri Alwi dijangka mencabar Zuber dalam pemilihan nanti.

Wan Ahmad Farid mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional dan Umno bahagian tersebut dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Dua bahagian lagi iaitu Kuala Nerus dan Dungun dijangka berlaku pertandingan untuk jawatan ketua bahagian ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua Bahagian Kuala Nerus Datuk Nasir Ibrahim Fikri dan Ketua Bahagian Dungun Datuk Rosli Mat Hasan kepada kepada calon PAS.

Kalau macam ini punya pertandingan, kalah British Premier League. Lagi sengit.