PAS diberi penghormatan untuk merasmikan Forum Pengukuhan Integriti  Politik anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dijadualkan pada 7 September ini.

IIMMewakili PAS untuk perasmian tersebut adalah  Timbalan Presidennya Mohamad Sabu yang turut dijadual menyampaikan  ucaptama pada majlis itu nanti.

Program ini akan diadakan di Ruemz Hotel, Subang Jaya bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari Sabtu ini.

Forum tersebut bakal dibarisi panel seperti Timbalan Ketua Pesuruhjaya  (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sutinah Sutan, Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi UiTM Prof Madya  Dr Shahruddin Badaruddin, Pengarah Latihan PKR Mustafa Kamil Ayub dan  Ahli Parlimen (DAP) Kepong Dr Tan Seng Giaw.

Dihubungi  Harakahdaily semalam, Mohamad berkata beliau amat berbesar hati kerana  PAS diberi penghormatan untuk merasmikan kursus tersebut.

“Kali ini mereka mahu PAS terlibat, saya amat gembira,” katanya.

Tahniah kepada Institut Integriti Malaysia yang berani bagi peluang kepada Abang Mat Sabu rasmikan program mereka.

Ini petanda yang amat positif. Menandakan semakin banyak agensi/suruhanjaya yang secara terbuka menentang Najib. Tahniah.

Advertisements