Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan  kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah  malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter  bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri  Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih  memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter  untuk diesel.

Ana setakat senyum sahaja lah dengan pengumuman PM ni. Tak boleh nak kata apa. Keputusan sudah dibuat. Kurang-kurangnya tak naik Tujuh Posen. Ada la sikit boleh tahan.

Pada ana, Abang Najib dah tak boleh control dah. Memang kewangan kita sudah problem. Problem besar kecik ana tak tahu.

Kita kena ambil peluang daripada kenaikan ini, untuk naikkan juga kemarahan rakyat. Biar rakyat maki hamun PM dan Isteri. Kita kena tonjolkan bahawa mereka mewah sedang rakyat menderita. Benda ini kita pernah buat dulu. Menjadi.

Pakar bab ini, pada ana, adalah Hishammuddin Rais. Tak ada orang lain lagi dah. Dia paling hebat bab propaganda ni. Ana harap PKR dapat jadi kepala membangkitkan kemarahan rakyat. Kita akan ikut sampai abis.