Bekalan air di empat loji rawatan air yang terjejas sebelum ini,  mencukupi bahkan ada kalanya melebihi paras yang ditetapkan, kata  Elizabeth Wong Keat Ping.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna  dan Alam Sekitar itu, berkata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd  (Syabas) tiada alasan lambat menyalurkan bekalan air kepada pengguna.

“Alasan Syabas masalah itu akan diatasi dalam tempoh hampir lima hari sukar  diterima kerana tiada masalah air dihadapi di Sungai Selangor.

“Semua keempat-empat loji dalam kapasiti penuh,” katanya kepada TV Selangor  sambil menyatakan bekalan air di Lembah Klang dijangka diatasi dalam  masa terdekat.

Jumaat lalu, sebahagian penduduk Kuala Lumpur dan  Selangor mengalami gangguan bekalan air apabila Sungai Selangor dicemari tumpahan diesel yang menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa  ditutup.

Beliau berkata, laporan menunjukkan tiga loji rawatan  air di Sungai Selangor dan satu di Rantau Panjang yang bermasalah  sebelum ini sudah pulih dan beroperasi sepenuhnya.

“Ia berikutan kerja membaik pulih berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Segalanya bagus kecuali kolam air Hicom di Glenmarie.

Pada ana, Elizabeth Wong ini antara exco yang cekap buat kerja untuk Kerajaan Negeri Selangor. Pantas beri informasi. Responsif.

Pada ana, exco yang cekap macam ini, memang layak disokong oleh rakyat. Bukan orang cina sahaja sokong, ana pun sokong penuh. Sementara exco lain senyap dan buat bodoh, Elizabeth beri banyak bantuan di bawah. Ana tak nampak waima seorang pun exco Pas yang bantu. Hampeh belaka.

Walaupun ana nak termuntah tengok semak Elizabeth wong sebelum ini, tapi dalam bab air ini. Ana puji. hebat.