Kata Mursyidul Am PAS, kita telah pun merdeka lebih 50 tahun, namun  fahaman kebangsaan yang dibawa masuk penjajah masih lagi menebal di  negara ini.
Lebih malang lagi katanya, orang Melayu sendiri jelas menolak Islam dan digantikan dengan ideologi kebangsaan.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, segala kepincangan tersebut  menyebabkan timbulnya masalah sama ada ekonomi, politik dan sosial yang  kini dilihat semakin berleluasa.
“Kemerdekaan sebenar membuang  kebangsaan dan menjadikan Islam sebagai dasar sama ada dalam aspek  pemerintahan, kehidupan dan sebagainya.
“Hanya Islam agama yang  memberi keaadilan untuk seluruh makhluk. Sebagai pemimpin yang mengaku  Islam mestilah menghalau fahaman kebangsaan dan meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan negara,” katanya di sini semalam.

Ana harap semua ahli kita dapat hadamkan seruan Tok Guru ini. Betullah tu, apa guna kita merdeka kalau masih bawa agenda penjajah. Tak guna. Macam tak merdeka.

Semua ahli Pas patut bangkit dan menentang apa sahaja yang membawa agenda penjajah (kecuali Metallica – sebab ana minat sangat). Yang lain boleh tentang habis-habisan.

Kalau tak kerana Pas, hari ini, pegawai kanan tentera masih tonggang wine, vodka di mes pegawai. Kita yang suarakan. Kalau tak kerana Pas, hari merdeka para pemimpin masih sembah batu di Tasik Perdana. Tugu Negara konon. Letak bunga, lepas tu tunduk. Jahiliah. Syirik.

Ini semua kejayaan perjuangan kita dalam politik di Malaysia. Itu semua orang kena tahu. Kalau tidak kerana Pas, mana mahunya perempuan Melayu ramai-ramai pakai tudung. Depa masa tu pakai skirt pendek nampak spender. Musim hot pants. Pas juga yang perjuang.

Pada analah, Malaysia ini diberkati oleh Allah kerana ada kumpulan macam kita. Yang kuat solat. Yang kuat pegang ajaran agama. Kalau harap pemimpin Umno, rasanya dah lama lingkup Malaysia ni.

Advertisements