vincent tanBagi menyelesaikan kemelut membabitkan kakitangan Insaniah Holdings Sdn  Bhd (Insaniah Holdings), sebuah anak syarikat Kolej Universiti Insaniah  (Kuin), Badan Bertindak Staf Insaniah Holding menyerahkan memorandum  kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Memorandum  tersebut diserahkan di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman di sini  selepas selesai sesi pagi Sidang Dewan Udangan Negeri  hari ini.
Selepas menunggu kebenaran untuk bertemu Mukhriz, akhirnya 10 orang wakil badan terbabit dapat berbuat demikian dalam pertemuan ringkas selama  kira-kira 15 minit.
Menurut setiausaha badan tersebut, Mudzafar  Aliyasak, memorandum yang diserahkan itu meminta pertimbangan Mukhriz  untuk melihat isu pembayaran gaji kakitangan Insaniah Holdings yang  tertunggak sejak Mei lalu.
Selain itu, mereka juga merayu supaya  Mukhriz melihat isu membabitkan para pensyarah yang dilantik di bawah  Insaniah Holdings di mana pihak Kuin tidak menyatakan secara rasmi  status mereka yang tidak diberikan jadual waktu serta diarahkan  mengosongkan pejabat.
“Begitu juga, pihak Kuin juga sehingga kini masih belum memberikan jaminan dan kata putus ke atas kesinambungan  kewujudan Insaniah Holdings yang menyebabkan terganggunya operasi  syarikat sehingga gagal menguruskan perjalanan kuliah-kuliah yang  mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar,” jelasnya.
Nasihat ana, sabarlah sheikh. Sabar. Mukhriz tengah menyusun tu. Tan Sri Vincent Tan pun ada di luar negara. Cardiff menang lawan Manchester City tu. Mesti banyak lagi duit Toto yang boleh digunapakai untuk menyelamatkan KUIN.
Ana cuma harap kakitangan KUIN jangan tanya sumber mana kalau mereka dapat gaji nanti. Husnul zann sahaja. Bersangka baik. Jangan tanya.
Kalau dah selesai. Duduk rumah diam-diam. Kalau malas kerja, makan gaji buta. Bukan susah.
Vincent Tan sedang cari duit nak selesaikan. Harap bersabar ya sheikh. Lain kali kalau nak beri memorandum, terus hantar ke Tan Sri Vincent Tan. Lebih afdal. Kalau tak gitu pun, Mukhriz rujuk pada dia juga. Lebih cepat.

Sementara tu, tolong doa Cardiff City menang lagi selepas ini. Kalau boleh buat solat hajat sekali. Baca yasin. Ada lah nanti rezeki u all tu.