petrol percumaHari Raya kali ini disambut dalam keadaan kos hidup rakyat negara ini  dijangka akan bertambah mahal dan menekan mereka, kata Naib Presiden  PAS, Salahuddin Ayub.
“Saya diberitahu, apabila agensi penarafan  yang berpangkalan di Amerika Syarika Fitch Rating meletakkan prospek  Malaysia daripada stabil kepada negatif, ia akan mencetuskan banyak  kesan termasuk kejatuhan nilai ringgit.
“Keadaan itu sangat membimbangkan kerana Malaysia adalah negara pengimport makanan,” kata beliau.
Salahuddin berkata, berikutan penarafan tahap negatif itu, mereka yang mengkaji  ekonomi menjangkakan keadaan akan menjadi bertambah buruk kerana ringgit Malaysia telah pun berada pada tahap terendah dalam masa tiga tahun  berbanding dollar Amerika.
“Harga barangan import sudah tentu  akan bertambah mahal dan ia akan memberi kesan kepada hampir kesemua  perniagaan dan industri dalam negara ini,” katanya.
Ringgit Malaysia juga, katanya lagi, berada pada kadar terendah dalam masa 15 tahun berbanding dollar Singapura.
“Sekarang bertambah murah dan mudahlah orang-orang Singapura membeli hartanah di negara ini.

Tahniah sebab buat kenyataan mengenai isu ini. Memang patut pun diketengahkan. Memang gila harga naik. Orang macam ana, yang ada dua bini, memang sakit kepala.
Ana cadang, Pemuda kita buat kempen minyak free macam di Besut hari tu. Kali ini, jangan hadkan kepada 5000 orang, buat sampai 100,000 orang. Buat di Seremban dan stesen minyak ke Utara. Kita minta dana Selangorku.
Kalau 100,000 orang balik kampung dengan minyak percuma kita, ana rasa, memamg sedap markah politik kita. Barulah ada peluang menang PRU akan datang.
Ini setakat cakap sahaja, mana orang nak percaya. Kena buktikan. Kalau tak ada ana Selangorku, kita minta dengan PKR. Pada ana, mereka tak ada masalah nak bantu. Pak Sheikh kita, Anwar memang sedia buat gempak macam ini.
Advertisements