Ana nak komen sikit lah, dengan sikap orang kita, yang tak berapa nak pandai nak beza antara hubungan kepercayaan dan hubungan antara negara.. Susah juga kita nanti kalau jadi kerajaan…sampai nak melawat Iran pun tak boleh. Kes naya.

Jadi,pada ana, kalau ada geng kita yang pakai isu Muhyiddin pergi Iran ni, pada ana lah, tak berapa bijak lah. Boleh menjerat diri.

Sebab itu, sementara ana suka baca forum dalam Tranungkite, adakala, isu yang dibangkitkan itu tak membantu parti.

Terbaru, tengok forum: http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=11814#408784

Muhyiddin tiba di Tehran hadiri pelantikan Presiden baharu Iran

TEHRAN 4 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba  di sini hari ini untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.

Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan  timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan  imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang  ketujuh di Bangunan Parlimen di sini lewat hari ini.

Apa point kita nak balun MY ni? Tak ada pun. Buatnya depa jahat, lambak salinan passport berapa kali pemimpin kita pergi Tehran segala…karam kita.

Strategi kena baik la Sheikh. Bukan main balun ikut suka.