Menantu kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa wujudnya usaha dalam parti itu untuk menjatuhkan bapa mertuanya sebagai pemimpin nombor satu parti Islam itu.

NONEZaharudin Muhammad (kanan) yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, beliau berkata terdapat saksi bagi mengesahkan dakwaan yang didakwa bermula sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 itu.

“Semua bukti dalam bentuk saksi ada dalam tangan saya jika diperlukan,” katanya sambil turut menepis dakwaan beliau mempengaruhi Hadi, antaranya ketika proses mengeluarkan watikah calon secara kontroversi di Kota Damansara dalam PRU lalu.

“Ini bermaksud, bukan saya punca sebenarnya (di Kota Damansara) dan bukan juga TG presiden, tetapi isu sebenar ialah usaha mengambil alih jawatan presiden. Itu blind spotnya (titik butanya).”

Pada 27 Julai lalu, memetik sumber PAS Selangor, sebuah portal berita melaporkan Zaharudin mempengaruhi Hadi menandatangani watikah kepada Rizuan Ismail untuk bertanding di Kota Damansara sehingga menyebabkan pertandingan tiga penjuru dengan PSM (yang menggunakan lambang PKR) dan BN.

Belajarlah daripada UMNO. Apa jadi bila Menantu jadi lebih galak daripada Pak Mertua. Jahanam semuanya. Yang best dengan UMNO, dah jadi puaka sebab jatuhkan parti, boleh jadi Menteri. Itu yang kita tak mahu tu.

Pada ana, mudah sahaja. Cuba lihat prestasi Presiden. Cuba lihat prestasi. Kalau dah memang prestasi merosot, nak buat apa kita terus memimpin. Dah nampak orang benci. Baik letak jawatan. Mudah.

Tak perlu lawanlah. Kepimpinan sudah tidak ada halatuju. Nak masuk gaung. Masih nak pertahan.