“Kalau pun ada usaha (untuk mencabar presiden) mungkin dari satu dua  kawasan, walaupun ianya tidak salah,” katanya ketika dihubungi  Malaysiakini.
Mazlan mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri  Abdul Hadi Awang sedia dicabar dalam pemilihan parti dalam muktamar  parti itu bulan depan.
Ahli parlimen Marang itu dilaporkan  mengalu-alukan mana-mana pemimpin yang mendapat pencalonan untuk  bertanding jawatan tersebut kerana tidak selamanya beliau akan memimpin  parti itu.
“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk  menentang (saya merebut jawatan presiden), saya sendiri amat  mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.  Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” katanya  dalam satu laporan hari ini.
Kenyataan di atas, ana ambil daripada Mazlan Aliman pada tahun 2011. Lama punya cerita. Tapi ana sengaja buat begitu, kerana nak tahu samada pandangan itu masih kekal atau tidak.
Berdasarkan laporan Free Malaysia Today, hasil pertemuan dengan ramai ahli kita di bawah, ada angin dan tsunami yang nyata mahukan Hadi dilanggar oleh pemimpin lain. Antara alasan yang diberikan:-

  • Hadi tak komited dengan tahaluf siyasi. Sekadar bercakap. Tak bersungguh.
  • Prestasi Pas menurun banyak.
  • Kerjasama dalam PR rapuh kerana Hadi kelihatan kurang serius.
  • Faktor umur dan kesihatan.
  • Faktor anak Hadi yang semakin mendapat nama. Bagus ada kepimpinan muda keluarga Hadi yang baru.
  • Kegagalan menang di Terengganu (Kuala Besut)
  • Kegagalan menawan negeri Terengganu (PRu13).
  • Ada pemimpin yang lebih wibawa.
  • Hadi patut fokus kepada Terengganu sbg persediaan PRU14.
  • Masih lagi bercakap tentang Ustaz Nasha sebagai Timbalan Presiden terbaik yang pernah beliau ada.

Apapun, kita akan buat keputusan nanti. Pandai-pandailah pilih pemimpin. Salah pilih. Ke laut….