sara amelia bernardhttp://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20940-wanita-islam-haram-sertai-ratu-cantik

Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas bagi memastikan Pertandingan  Ratu Cantik [Miss Malaysia World 2013] yang akan berlangsung di sebuah  hotel di ibu negara pada 2 Ogos akan datang dibatalkan bagi menghormati  bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin  Hassan berkata, sementelah 4 orang dari 20 orang finalis pertandingan  ratu cantik itu adalah terdiri dari wanita Islam.

“Islam sangat menegah perbuatan yang tidak bermoral ini,” tulis beliau di dalam facebooknya.

Beliau menambah, selain ianya bertentangan dan fatwa yang telah digazet  [Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah  Persekutuan], ianya juga jelas dicela oleh syarak dan bertentangan  dengan akhlak Islamiyyah.

“Kerajaan mesti mengemukakan  undang-undang khusus untuk menyekat gejala tidak bermoral ini dari terus menjadi aktiviti yang mendapat sambutan dalam negara kita,” ujarnya  yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Beliau menegaskan, sebelum parah dan membarah, tindakan tegas dan berkesan mesti diambil.

PAS for All?

Pada ana, kita kena kembali kepada asas polisi dan dasar perjuangan baru kita. Dulu kita yang bersungguh kata, Pas mesti ditampilkan sebagai sebuah parti yang mesra semua pihak. Mesra non-Muslim. Mesra Cina. Mesra India. Mesra Iban. Mesra Kadazan.

Pada ana, keputusan ini agak ke belakang.

Pas, kalau kita nak menang lebih baik dalam PRU14, mesti juga menerima aliran fahaman liberal di dalam masyarakat Melayu. Melayu yang tak malu tunggang arak. Melayu yang tak malu peluk cium walau bukan muhrim. Melayu yang memang tidak ada nur untuk pakai tutup aurat.

Mereka ini pun pengundi. Bukannya anak Malaysia yang tak ada undi. Ada undi tu. Ramai pengikut pulak tu.

Ana rasa, zaman kita nak bantah ratu cantik, konsert, persembahan ini dah lapuk lah. Kita kena advanced. Tengok PKR, mereka steady kerana dapat dokongan Muslim liberal. Izzah kuat di Lembah Pantai, sebab puak Muslim liberal dapat menerima Izzah. Dia bertudung, tapi faham agama dia matang. Tak macam kita.

Dakwah bukan main halang-halang kesukaan orang Sheikh. Kena ada uslub yang betul. Kena ada kaedah. Bukan main balun sajer.

Pada ana, kalau begini pemikiran Ketua Pemuda, makin rosaklah undi kita. Ikhlas ana cakap. Kerana Allah. Kerana parti. Ana berani cakap begitu.

YB Ketua Pemuda, kena tengok matlamat politik lebih besar. Sebab itu, jangan nak mengamuk bila Ketua AMK kata kita bongok. Ada ketikanya…betul juga.

p/s: kesian budak PKR yang jual pil kuda. menangis dia. tertekan. stress. buatnya dia terjun tiruk macam Teoh Beng Hock, tak ke naya kita.