Ana sudah tuliskan sejak awal, kita berdepan dengan masalah besar di Kuala Besut. Kalau kita naik roket ke bulan, ana rasa, kita sudah perlu menjerit ‘Houston, we have a problem’.

Pada ana, BN bermain game dengan baik dan cerdik kali ini. Mereka fokus. Gerakan nampak cantik. Semua nampak kemas.

Calon kita kena teruk di bawah. Di peringkat PDM, hasil kajian awal yang dibuat oleh Lajnah Strategik PRK Kuala Besut, kita berhadapan dengan kemerosotan sokongan yang ketara. Sangat ketara. Itu yang dapat 4,853 undi kalah tu. Ngeri.

Calon BN nampak kuat. Orang muda. Di beberapa PDM, calon BN jumpa dengan hampir semua pengundi. Bayangkan. Betapa dia kerja kuat.

Imej calon kita teruk. Harapan kita untuk Husam menukar game, tidak menjadi. Malah menjadi lebih teruk. Ada insiden, Husam ditengking oleh pengundi Kuala Besut. Malu kita. Bukan orang BN pun yang tengking, tetapi orang kita.

Ana pelik. Tak tahu apa yang sedang berlaku di sana. Macam-macam tak kena. Tak menjadi.

Antara PDM yang mungkin memberi masalah besar kepada calon kita.

– Pulau Perhentian
– Sebarang Barat
– Kampong Nangka
– Bukit Puteri

Ana harap kita tidak kecewa. Tetapi bila tengok data yang dibentangkan malam semalam, jentera pun jadi lesu.

Pemimpin pun buat hal sendiri. Ana anggap, ini macam pelancongan sahaja lah. Jumpa kawan-kawan. Dah tak rasa ada peluang.

Ana pun janji dengan beberapa bloggers, nak balik awal. Bini ada dua. Lama sangat tinggal. Risau juga.

Advertisements