Persempadanan semula kawasan pilihanraya di Malaysia dilakukan pada 1958, 1966, 1974, 1983, 1992 dan 2003.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 113, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) diberi amanah untuk melakukan kajian semula persempadanan kawasan pilihanraya setiap 10 tahun.
Persempadanan semula tersebut dilakukan berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi.
Ia juga atas kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi Parlimen dan DUN.
Tujuan persempadanan semula dilakukan bagi memastikan tidak berlaku ketidak seimbangan sesuatu kawasan berpenduduk yang menyulitkan pentadbiran disebabkan berlakunya pertambahan penduduk.
Keadaan ini lebih ketara berlaku di kawasan bandar akibat peningkatan proses pembangunan yang menjurus kepada migrasi penduduk secara aktif.
Maka asas utama persempadanan semula ini samaada Parlimen atau Dun perlu berpaksi kepada rasionaliti jumlah pemilih, keluasan sempadan kawasan dan aksessibiliti yang dapat memudahkan wakil rakyat untuk berhubung dan berkhidmat kepada pengundi.
Berdasarkan tahun akhir persempadanan semula pada 2003 maka SPR tidak ada pilihan selain melakukannya pada tahun ini. Walaupun ura-uranya mahu dilakukan pada 2011 lalu. SPR memberikan alasannya untuk dilakukan selepas PRU 13 kerana tidak mahu mengganggu perjalanan PRU tersebut.
Kata seorang teman di SPR, fokus akan diberikan kepada negeri seperti Selangor, Kelantan, Perak, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Yang dimaklumkan, kawasan Parlimen akan ditambah kepada 253 kerusi. DUN pun akan ditambah banyak. Khususnya di Selangor.
Contohnya, kawasan Parlimen Gombak akan dipecah lagi kepada Parlimen Bukit Antarabangsa, dengan kawasan Ukay Perdana akan mendapatkan satu ADUN yang khusus.
Parlimen Wangsa Maju pun akan dipecahkan kepada dua. Parlimen baru Melati-Sungai Pusu akan diwujudkan, menggunakan alasan pertambahan populasi. Satu kerusi Cina (MCA). Satu kerusi Melayu (UMNO Sdn Bhd).
Kawasan yang terlalu besar seperti Kapar dan Serdang pun akan dipecah lagi.
Kelantan pun akan tambah 4 kerusi.
Bertambah lagi nampaknya YB pada PRU 14 nanti.
Advertisements