Che Long merupakan seorang yang sentiasa bersama para pengundi yang  merasai secara mendalam pasang surut kehidupan di Kuala Besut.

Kelebihan ini, menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal memberi saingan kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku  Abdul, yang lebih banyak berada di luar kawasan Besut berbanding Che  Long.

“Kelebihan yang dimiliki oleh calon PAS yang dianggap calon “Senang  Kkiro, Mudah Bbaso” bagi penduduk Kuala Besut diharap mampu mencatat  sejarah 16:16 yang hangat diperkatakan semenjak Adun Kuala Besut BN,  Allahyarham Abdul Rahman meninggal dunia,” uljar beliau dalam satu  kenyataan.

Berdasarkan pengamatan beliau, Tuan Ibrahim berkata rata-rata  masyarakat di daerah Besut dan seluruh negara mengharap satu rekod  sejarah politik tanahair akan tercatat.

“Seandainya PAS memenangi kerusi Kuala Besut, kedudukan kerusi  menjadi sama rata 16:16. Ini yang akan menjadi suatu penantian, apakah  bentuk kerajaan Terengganu selepas catatan sejarah itu?” soal beliau.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata faktor calon banyak mempengaruhi pengundi di Kuala Besut kali ini.

Keadaan sosioekonomi pengundi yang sebahagiannya terlibat dalam  pertanian dan perikanan selain pelancongan, hujahnya, memerlukan wakil  rakyat yang sanggup bergelumang susah senang dengan mereka.

“Di sinilah letaknya kelebihan Che Long yang berada dalam kawasan sepanjang masa berbanding calon BN.

Kalau biasa letak calon Ustaz, orang nak minta tolong susah. Dengan Che Long ini, sebagai kontraktor kelas A dan sudah mendapat banyak projek, mudahlah dia nak tolong orang kampung dalam segala segi.

Bil air, bil api, Unifi, Maxis Home Fibre, Astro, yuran anak – semua boleh diselesaikan dengan slogan ‘Senang Kkiro’ boh. Mudoh kang.

Ini kali lah, kita beri keputusang 16:16 sekali. Tengok guane nak buat. Kerajaan campurang ker. Guaner ker.

Advertisements