Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di  Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini.
Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.
Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.
Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.
Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang  terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di  daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan  Kelantan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai  sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
PRK  itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga  Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari  terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.
Ana sedang berkampung di Terengganu. Puasa pun kat sini nampaknya. Nasib baik diberikan tempat yang hebat di Riyaz Heritage Spa. Sedap sikit hati. Pandang kanan dan kiri, ana seorang sahaja blogger yang diberi peluang menetap di sini. Alhamdulillah. Syukur.
Pada ana, calon kita kali ini tidak ditentukan dengan cara biasa. Ada orang Pas di Kuala Besut kata, kali ini kita pakai sistem tender. Siapa sumbang lebih, dia jadi calon. Menanglah kontraktor sheikh. Ustaz kampung jawabnya jadi bilal sahaja.
Sistem tender ini pada ana, tak membayangkan kesungguhan kita nak menang 1616. Minta maaf lah ana tegur. Betul dia menyumbang, tapi itu tidak bermakna dia yang terbaik. Kalau ikut kaya, Abdul Rahman Auf, dah lama jadi Khalifah. Tidak. Tugasnya, membantu.
Sedang mengikut strategi awal, kita sudah pun berbincang dengan Ustaz UMNO untuk jadi calon kita. Dia punya kredibiliti untuk tarik lebih 2000 undi orang UMNO. Sayang. Pada ana, kita berada di pihak yang rugi.
Kesilapan pertama adalah melantik Husam. Pengarah kurang sesuai. Calon guna sistem tender – highest bidder. Rosak juga strategi kita ini.
Ana berbual dengan orang UMNO malam tadi, selepas solat tarawikh. Mereka cukup yakin dengan calon mereka. Orang muda. Idea banyak. Walaupun duduk di Putrajaya, bukan di Besut.

Ana bantu tetap bantu. Ana tulis apa yang ana fikir. Kalau kepimpinan tak suka, mereka boleh tarik bilik ana di Riyaz ni, ana sanggup tidur masjid.
Advertisements