Dengan perlantikan ini bermakna Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan akan berdepan dengan Tan Sri Muhyidin Yassin yang dilantik sebagai pengarah untuk jentera BN.

Bagi membantu Husam, dua timbalan dilantik iaitu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terenggganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Tiga penasihat kepada jawatankuasa ini adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Perlantikan Husam dipercayai berikutan kedudukannya sebagai pemimpin kanan PAS dari Kelantan yang bersempadan dengan DUN Kuala Besut.

Ini kerana, pengaruh dan peranan PAS Kelantan dipercayai sangat penting dalam menentukan corak kempen pilihan raya ini.

Malam ini, Presiden PAS, Abdul Hadi akan mengumumkan calon yang akan bertanding bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat di Kampung Nail, Kuala Besut.

Harakahdaily difahamkan, PAS Besut dan Terengganu mencadangkan tiga nama untuk dipilih oleh PAS Pusat sebagai calon.

Kenapa beri orang kalah jadi Pengarah? Nak kalah lagi?

Pada ana ini semua jalan nak kalah.

Patutnya berilah orang lain. Timbalan Menteri Besar Kelantan ke. Mahfuz ke.