Ana cukup sakit hati bila baca DAP suruh kita BOIKOT PRK Kuala Besut. Ini cadangan bodoh mana? Siapa mereka nak tentukan kita lawan atau tidak.
Pada ana, ini peluang baik kita nak tumbangkan kerajaan UMNO Terengganu. Nak tumbangkan Mat said. Nak tumbangkan Deris Jusoh Natang. Bukan ada peluang lain. Inilah dianya.
Pada ana, cadangan DAP ini sangat mengarut dan low class. Tahap politik budak darjah enam nak bertanding Ketua Pasukan Sukan.
Cuba kalau situasi sama berlaku di kerusi Cina dan ianya jadi penentu? Mahu DAP boikot? Dalam sejarah DAP, berapa kali dia BOIKOT pru? Berapa kali Boikot PRK? Mangkuk punya cina.

DAP mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan  wujudnya ‘taktik kotor’ yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agungnya,  Lim Guan Eng.Beliau berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang.

Menurutnya langkah memboikot pilihan raya kecil berkenaan adalah  tanda protes ekoran kegagalan SPR ‘memberi penjelasan berhubung taktik  yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13’.

“Bagaimanapun, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka  mahu memboikot atau tidak kerana kerusi berkenaan milik mereka. Mereka  mempunyai kata putus dalam isu ini,” katanya kepada pemberita selepas  merasmikan pusat komuniti di Taman Indahpura di sini pada Ahad.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian penyandangnya Dr A.Rahman Mohktar,55, Rabu lalu.

Pada ana, ini permainan paling afdal untuk kita lawan. Tak timbul soal boikot. Kalau DAP tak mahu bantu, DAP boleh pergi jahanam. Kita tak perlu DAP pun.

Malah, ana nak cadang, PRK Kuala Besut, Pas patut haramkan sama sekali DAP turun dan membantu. Tak perlu.

Ana juga cadangkan, Mustafa Ali, Setiausaha Agung bertanding di sini. Tak payahlah beri Ustaz Youtube Bini Tiga. Buang masa. Dia nak layan bini dia pun tak berapa nak sempat.

Advertisements