Ana cukup puas hati dengan prestasi kalangan wakil rakyat kita, khususnya dari Kelantan dalam minggu pertama sidang parlimen. Pada ana, prestasi wakil rakyat Kelantan memang bagus. Ada jiwa TRW.

Memang kita agak, Anuar Musa akan diberikan peranan sebagai tukang pukul di Parlimen. Tapi kita kena siapa Anuar Musa. Banyak isu. Banyak skandal. Banyak cerita.

Sebab itu, apabila YB Takiyuddin (Kota Bharu) bangun untuk mencabar Anuar Musa, dia terdiam dan tidak boleh menjawab. Mula bersilat entah apa-apa.

Hebat. Cukup hebat. YB Izani. YB Siti Zailah. YB Takiyuddin. YB Dr Hatta. YB Nil Abduh. Fuhh. Ini semua pendekar kita yang hebat membawa isu Kelantan dan rakyat.

Ana yang ada dikawasan atas pun, melihat bagaimana pemerhati rasa kagum dengan ketinggian ilmu kalangan wakil rakyat Pas. Kagum mereka. Bawa ayat Quran. Beri tamsil yang jelas. Inilah yang kita harapkan.

Prestasi wakil rakyat lain, Terengganu misalnya – lemah. Pada ana cukup lemah. Tak bermaya. Pokok Sena, pakai hujah sama. Tak maju.

Temerloh ada potensi. Kuala Nerus pun ok. Hak lain, setakat penuhkan kerusi sahajalah. Minggu hadapan ana pergi lagi, sebab ada YB sponsor bilik dan makan di Hotel Maya. Hotel mahal sheikh. Blogger Pas pun sudah ada harga tau. Jumpa hari isnin sheikh. Ana nak turun makan sushi.

Advertisements