perutDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap cadangan  Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk  Seri Salleh Mat Rasid yang mahu menggunakan bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara terutamanya Himpunan Black  505 pada Sabtu ini sebagai tidak rasional dan relevan.
Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan  tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan  dalam keadaan bahaya

“Mungkin  kenyataan Salleh hanya suatu provokasi bagi  menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan aman yang dijadualkan  pada Sabtu ini,” ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz  dalam satu kenyataan.

Justeru, tanya beliau apakah pihak polis tidak pernah menangani  perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini sehingga terfikir untuk menggunakan khidmat tentera.

Ana nak tergelak pun ada dengan cadangan Pengarah ni. Macam teruk benor la rakyat Malaysia ni. Nak ditembaknya ke rakyat Malaysia yang berkumpul besok ni? Hilang akal? Nak jadi Bashar Asad?

Pada ana, tak perlu kita risau. Dalam askar pun bukan semuanya menyokong mereka. Ambil contoh di Parlimen Setiawangsa, berapa banyak undi askar kita dapat. Relak jer. Askar pun dah naik menyampah pada mereka.

Itu belum masuk kawasan lain. Banyak undi kita dapat. Undi askar bukan 100 peratus mereka punya. Itu tanda askar pun dah sokong kita.

Kita senyum sahaja bila jumpa abang askar esok.

Majoriti abang askar pun dah gedempol. Tak larat nak kejor kita. Gedempol sebab tak ada kerja. Makan. Tidur. Kursus. Makan. Tidur. Kursus. Makan. Tidur. Kursus. Itu sahaja kerjanya pun.