Ana merujuk kepada tulisan Abang Sayuti dalam blog beliau.

http://msomelayu.blogspot.com/2013/06/molehah-kalau-pusat-kelantan-bina-lebuh.html#more
Hanifa juga menjelaskan sehingga ini kerajaan Kelantan berjaya mengumpul dana sebanyak RM2 juta dari orang ramai, di mana sasaran derma dari  orang ramai sebanyak RM50 juga sebagai modal asas membayar konsultan dan sebagainya. Semua derma itu dimasukkan ke dalam akaun Baldan Toyyiban  (Prasarana).
Dalam pada itu menurutnya kerajaan Persekutuan menerusi Wilayah Ekonomi  Pantai Timur (Ecer) juga bersetuju untuk membina lebuh raya dari Kota  Bharu – Kuala Krai. Untuk tujuan ini Ecer telah pun mengeluarkan tander.
Jelas Hanifa lagi kerajaan persekutuan juga ‘meminta’ untuk membina  keseluruhan lebuh raya berkenaan dan mahukan persetujuan kerajaan  Kelantan. Satu mesyuarat akan diadakan di antara kerajaan Persekutuan  dan kerajaan negeri membincang perkara itu lebih lanjut.
Perkembangan berhubung lebuh raya itu nampak postif untuk rakyat  Kelantan. Sekiranya kerajaan Persekutuan ikhlas untuk membina, tidak ada sebab untuk Kerajaan Kelantan membantan ataupun mengenakan apa-apa  syarat yang mengagalkannya.
Macam ini kan bagus, Kelantan kalah, tapi BN masih lagi nak buat lebuhraya. Dah janji. Mesti tepati kan.
Jangan Lupa Tujuh Projek
Tujuh projek itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan  peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.
Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu,  pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh  memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.
Ana harap gomen buat semua projek yang dah janji. Jangan buat-buat lupa pulak.
Ana tahniah kerana kita dapat kumpul RM2 juta. Banyak tu!