as sajjadKenyataan  Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Timbalan Pesuruhjaya III Pas  Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mahu melihat pengikut PAS  khasnya dan masyarakat Malaysia amnya untuk bersama-sama mengekang  penularan virus aqidah Syiah dikalangan umat Islam.

Katanya,  masyarakat ISLAM di Malaysia perlu menjaga dan mengukuhkan pengangan  Ahli Sunnah Wal-Jama’ah bagi mengelakkan kesan buruk sepertimana yang  berlaku di Suriah (Syria).

Walaupun  kenyataan ini boleh dikira positif, namun kami masih lagi menunggu  tindakan yang tegas diambil oleh kepimpinan PAS dalam partinya. Ini  kerana, ucapan seperti ini bukanlah kali pertama yang pernah disebutkan  oleh kepimpinan parti yang kuat mengatakan mahu mengantikan UMNO pada  PRU13 yang lalu. Sebaliknya sarana untuk menyekat pengaruh Syiah dalam  PAS sudah diucapkan berpuluh-puluh tahun yang lalu…

Ana lihat ada blog yang membicarakan isu ini secara terperinci:-

http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/06/isu-syiah-dalam-pas-toksah-banyak.html

Pada ana, kita perlu tangani isu syiah ini secara halus. Pendekatan tidak boleh kasar. Pendekatan perlu dengan proses tarbiyyah yang berterusan.

Ana setuju juga, ada ketika kalangan ahli Pas aliran syiah ini memang banyak membantu parti. Kalau bab protes. Kesungguhan turun ke jalan. Komitmen berdepan dengan kerajaan zolim, mereka memang nombor wahid. Handal. Solat pun kerap (walaupun letak batu).

Tapi pada ana, untuk jangka masa panjang, Pas perlu membawa aliran sunni. Bukan soal keras atau lembut. Tapi soal pengaruh politik. Kita nak dapatkan undi orang melayu/islam, jika membawa aliran yang keras, akan membuatkan orang lari.

Kena hati-hati. YB Nik Amar pada ana, ada niat baik. Tak payah lah kita syarah dia isu syiah/sunni. Dia pakar. Dia mengajar comparative religion waktu di Uiam. Bukan kecil anak.

Pada ana, kumpulan yang beraliran syiah seperti Sajjad Movement ini adalah malapetaka kepada Pas. Tak perlu layan.

Dalam pada kita nak kurangkan syiah, ada juga kalangan orang UMNO yang nak bangunkan syiah. Ok sangat lah tu.