Nik AbduhApa yang berlaku kepada Husam di dalam arena politik Pas Kelantan ini adalah perkara biasa. Dalam politik, kalau laju sangat, itulah jadinya. Kemungkinan terpelecok itu memang tinggi.

Kita akui, memang Husam mempunyai pengaruh dalam Pas. Khususnya orang muda. Mereka suka Husam. Imej orang kaya. Duit banyak. Karismatik. Memang menjadi idaman ramai ahli kita yang muda. Mereka nak jadi kaya seperti Husam. Karismatik seperti Husam.

Tapi, dalam pada karismatik, Husam tidak pandai jaga diri. Terlalu kuat membawa imej Anwar. Bukan Tok Guru. Walaupun lama rapat dengan Tok Guru, zuhud Tok Guru tak sampai pada Husam.

Cakap-cakap jamaah di bawah, kali ini Nik Abduh adalah harapan baru kepada Pas. Lupakan Husam. Lupakan Mahfuz. Lupakan Salahuddin. Kita perlu ada pemimpin baru.

Nik Abduh ini mempunyai pandangan politik yang sangat luar biasa. Malah, ada yang kata, pendirian politik Nik Abduh mempunyai nilai seorang pemimpin besar. Ada juga teman yang menyamakan Abduh dengan Hassan Rouhani (pemimpin Iran yang baru dipilih sebagai Presiden).

Pemikiran yang moderat. Tenang. Pandai mencari kerjasama. Ini semua antara yang menyebabkan Rouhani menang di Iran. Abduh ada ciri-ciri ini. Tenang. Bijak berkata-kata.

Untuk Nik Abduh naik di dalam Pas, kita semua perlu bantu menaikkan dia ke tempat yang tinggi. Pada ana, Naib Presiden adalah satu tempat yang afdal untuk Nik Abduh. Ikon orang muda. Asal Kelantan. Bijak. Ini calon pemimpin yang kita perlukan.

Nik Abduh perlu diketengahkan sebagai Naib Presiden, dan menjadi suara penting kepada orang muda di dalam parti. Ana diberitahu, memang ada orang Anwar yang tak senang jika Abduh naik di dalam Pas. Sebab apa, ana tak pasti. Tapi dikatakan kerana Nik Abduh kerap mengkritik Anwar.

Advertisements