husam-musaAhli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk  Husam Musa  mencetuskan persoalan apabila beliau memohon untuk tidak menghadiri  majlis  angkat sumpah yang berlangsung di Dewan  Undangan Negeri (DUN)  di sini hari ini.

Speaker  DUN, Abdullah Ya’kub memberitahu, Timbalan  Pesuruhjaya II  Pas Kelantan dan juga bekas Exco Kerajaan Negeri itu turut memohon   untuk tidak menghadiri persidangan dewan pada kali ini yang  dijadual  bermula Ahad ini

Empat puluh dua daripada 45 anggota dewan undangan negeri (Adun)  Kelantan hari ini mengangkat sumpah jawatan sebelum bermulanya penggal  baharu persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) itu di sini.
Majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Menteri Besar Kelantan Datuk  Ahmad Yakob diikuti Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, 10  anggota  exco dan Adun yang lain.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dun Kelantan yang baharu dilantik, Abdullah Ya’kub.
Tiga Adun yang tidak hadir ialah Adun Ayer Lanas Datuk Seri Mustapa  Mohamed, Adun Salor Datuk Husam Musa dan Adun Wakaf Baharu Datuk   Abdullah Che Mat Nawi yang juga Pengerusi Jawatankusa Pertanian,  Bioteknolologi dan Teknologi Hijau.
Bernama difahamkan Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa  dan Industri kini berada di luar negara, manakala punca ketidakhadiran   Husam dan Abdullah tidak dapat disahkan.
ebelum itu, bekas Adun Ayer Lanas, Abdullah Ya’kub mengangkat sumpah  jawatan sebagai speaker baharu, menggantikan Datuk Nassuruddin Daud   yang kini  Adun Meranti.
Adun Mengkebang yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan Abdul Latiff Abdul  Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Speaker yang baharu bagi   menggantikan Mohamad Zaki Ibrahim (Adun Kelaboran).
Sabarlah Abe Husam. Cuba istighfar dan kaji semula, di mana keslahan Abe Husam. Cuba kaji. Muhasabah diri.
Apakah kekayaan Abe yang buat Abe semakin lupa dengan Islam? Apakah keakraban Abe dengan PKR yang membuatkan Abe lupa janji perjuangan? Apakah terlalu cepat mahu jadi pemimpin, Abe lupa jaga politik sendiri? Cuba kaji.
Apa punca politik Abe yang semakin kusam?

Advertisements