Ana ambil daripada ruangan forum Tranungkite. Kita semua tahu ini adalah antara  laman yang paling banyak membantu kita dalam PRU. Tranungkite ini pada ana adalah suara akar umbi di bawah.
Ana risau nak kritik kepimpinan, sebab orang kata ana ejen UMNO. Tapi ana nak ambil daripada forum Tranungkite, supaya kita boleh nilai dengan hati yang terbuka.
PERMULAAN FORUM

Disini ambe ahli PAS cap Itik memberi cadangan  sudah seharusnya kita mencari PRESIDEN PAS yg baru tapi ini tidak  bermaksud Tuan Guru Haji Hadi tidak bagus cuma kita ingin mencari yg  lebik baik2 utk survival PRU14 yg akan datang…
Ini kerana pihak UMNO/BN akan menggunakan 200% jentera kerajaan dlm masa2 yg akan datang…..
Calon ambe adalah Tuan Ibrahim Tuan Man…. Ambe menyokong calon diatas kerana beliau mempunyai background  pendidikan agama dan segala percakapn dan hujah belaiau adalah tegas dan konsisten…
Bagaimana dgn calon anda semua….
Maybe ahli PAS Terengganu akan terkilan dgn cadangan ambe ini.. Jangan silap faham…..ambe ahli PAS Kelantan juga amat terkesima dgn pengunduran TGNA. Sikap sayang-menyangi ahli tak buleh lari..cthnya ambe amat sayang kpd  Tok Guru Nik Aziz dan ahli PAS Terengganu juga amat menyanagi Tok Guru  Ayah Chik… Tapi kita kena membuat keputusan segera sebelum PRU14 akan datang..
Komen 1
Ambe serahkan kepada ahli akar umbi dan  perwakilan. Namun kalau Presiden perlu ditukar, memang amber berkenan  benar ngan Tuan Ibrahim.
Komen 2
dan jika TGNA tidak mampu lagi faktor usia
Title Musyidul Am akan sepatutnya telah diturunkan kpd Dato’ Harun Din…..
Ini cadangan ambe yg lemah saja… Very Happy
Komen 3
kalau sendiri rasa diri tu lemah… tak payah la bagi cadangan…. bagi orang yang sihat buat perancangan.
payahla kalau orang lemah rasa kuat lebih pada orang sihat…
dalam PAs ni… tugasan pilihanraya hanya dilakukan oleh presiden sorang je… larat ke tuan brahim nak buat kerja sorang sorang…Very HappyVery HappyVery Happy
* satu perkara aku terkilan… kebanyakan yang kondem gerak kerja PARTI… terdiri dari mereka yang  tidak berada ditempat mereka mengundi… aku cadang korang balik  kekampung halaman masing masing… cari kerja kat situ… tolong bantu  kerja kerja parti.
ada benda yang tak puas hati.. boleh suarakan dalam mesyuarat agung..
pum pang pum pang kat luar serupa orang munafik nak buat apa. gebang je lebih… kerja parti tak pernah sentuh…
Komen 4
setiap kali pemilihan muktamar inilah yg  dicanang….tapi tak dak sapa yg berani nak offer diri lawan tok  guru….ada teloq sikit pas bukit bintang…yg lain setakat menyalak
Ana cuma siar beberapa komen yang disampaikan ahli di bawah. Ana buat selidik sikit, kalangan yang beri komen semua orang kita. Dah lama pertahan Pas. Takkanlah semua ejen UMNO.
Mesej mudah ana – renung renungkanlah dirimu wahai pemimpin.
Firman allah SWT didalam surah an-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada  ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum  antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil,  sesungguhnya Allah dengan (suruhanya) itu memberi pengajaran yang  sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi  sentiasa melihat.”
Advertisements