Artikel Pilihan Untuk Perhatian Semua Ahli – Faham dan Sampaikan Kepada Orang Kampung
Ana dah kumpul beberapa blog pilihan yang ana anggap memang bagus untuk kita gunakan dalam masa terdekat ini. Apa yang disampaikan oleh blogger-blogger hebat UMNO ini patut kita simpan, dan cuba bawa di kampung-kampung, kawasan-kawasan Felda.
Kalau kita rajin buat kajian, selepas pilihanraya 2008, kalangan mereka ini jugalah yang telah merosakkan imej Pak Lah pada ketika itu. Strategi mereka berjaya! Pak Lah kena letak jawatan. Kali ini, mereka tampil lagi untuk menyampaikan pandangan.
Kita tidak terlibat dengan artikel ini. Semua usaha mereka. Usaha penyokong UMNO (pro Tun Mahathir) sendiri. Itu yang bagusnya.
Syed Akbar Ali
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/06/pm-doing-things-wrong-way-again.html
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/06/panas-x-3-jual-bangsa-jual-agama-jual.html
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/06/first-head-to-roll.html
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/05/sedikit-nasihat-dan-teguran-kepada.html
BigDog
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/06/04/flip-flopping-at-the-expense-of-strategic-s/
Unspinners
http://theunspinners.blogspot.com/2013/06/war-room-nct-dan-umno-hq-nama-mangkok.html
Parpukari

Pada ana, walaupun keputusan kita tidak cemerlang dalam PRU13, DAP lebih ke depan. PKR lebih ke depan.
Dengan adanya cerita-cerita dalaman yang hebat seperti ini, ana rasa, kita akan mendapat peluang yang baik untuk mencapai kemenangan dalam PRU14.
Yang penting, kita kena pandai guna. Jangan simpan. Kena cerita dengan ahli dan orang kampung. Mereka tak boleh kata kita fitnah, sebab kita dapat daripada sumber mereka sendiri! Takkan orang mereka nak fitnah sesama sendiri? Tak logik.
Kita semua pun kena baca tulisan Mahathir bertajuk ‘Umno dahulu dan umno sekarang’. Pun menarik juga. Memang banyak point yang boleh kita pakai untuk sebarkan di bawah.
“Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk  bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan  mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi  pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan”. (Che Det)
“Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi  dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu  meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun”. (ini paling cantik!)
“UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan  orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk  jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk  poket sendiri” (termasuklah agaknya Menteri Besar Kedah yang baru – berjuang untuk poket sendiri?)
“Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang  menang terbanyak dalan PRU 13.  Tetapi ini bukan kerana orang Melayu  masih sokong UMNO.  Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan  mereka tidak ada pilihan” (apa kita, Pas, perlu buat untuk jadi alternatif kepada Umno?)
“Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang” (habis…Mamu sudah marah).
Cukup sayang, jika kita tak gunakan apa yang Mamu Mahathir sampaikan ini, dan sebarkan di kampung. Mungkin Mahathir lupa, anaknya yang sedang menjawat jawatan di Kedah itu, asal kilangnya adalah sama dengan yang dia cakapkan. Kilang Umno. Apa beza, anak dia dengan ahli UMNO lain. Kalau orang dah meluat dengan UMNO, apakah tak ada kemungkinan orang meluat dengan anak dia?
Pada ana, ini adalah permulaan kepada cerita kemenangan kita dalam PRu14. Sudah nampak. Kita tak perlu buat cerita kontroversi baru. Ambil daripada blog orang UMNO sendiri pun sudah cukup.

“Allah mengutuskan kami untuk mengajak sesiapa yang mahu di kalangan kamu daripada mengabdikan diri terhadap sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada agama zalim kepada keadilan Islam dan daripada dunia yang sempit kepada dunia yang lapang”.

Selagi ramai orang dalam umno yang mengabdikan diri kepada Mahathir – selagi itulah kita ada peluang kemenangan. Insya’Allah.MAHATHIR1

Advertisements