salim iskandarAna cukup seronok tengok karenah blogger-blogger UMNO yang mula nak menentukan siapa yang salah dalam PRU13. Ana sujud syukur, kerana di kalangan blogger parti kita, tidak ada yang buat perangai macam ini. Semua ikut disiplin.
Betul, adakala kita akan menegur pemimpin. Ana pun ada buat desakan macam itu. Tapi kita tidak sampai meletakkan parti dan pimpinan di dalam keadaan serba salah. Inilah beza bloggers kita dan blogger umno.
Tuan/Puan boleh tengok apa yang sedang dikatakan oleh blogger UMNO macam Parpukari, Bigdog (nama pun tak ada maruah), Outsyed the Box, RBF dan lain-lain. Mengamuk satu macam. Habis kalangan orang parti mereka dia rembat tak tentu hala.
Yang sedapnya, mereka inilah juga yang memaki hamun Pak Lah waktu orang baik Kepala Batas itu jadi PM. Apa yang mereka tak kata dekat Pak Lah. Semua cerita dalam kain pun mereka bawa.
Kali ini, mereka segan sikit nak bantai Najib terus. Mereka bantai orang keliling Najib.
Semua ini kita kena jadikan iktibar. Blog biar kerana Allah. Bukan kerana kepentingan diri dan peribadi.
Yang jadi sedap cerita. ramai daripada blogger ini adalah penjilat Tun Mamu Mahathir. Makna kata. Memang ada usaha nak bagi jahanam Najib lah ni. Hebat. Sebab itu, nak tengok UMNO musnah – inilah permulaannya.
Kita mesti ambil iktibar dengan apa yang berlaku di kalangan bloggers UMNO. Pada mereka, matlamat adalah untuk menjatuhkan pemimpin. Bukan sangat kerana perjuangan. Macam kita, lain. Kita letak Islam lebih tinggi daripada perjuangan peribadi dan kelompok kecil.
Kita kena fokus dengan lawan kita. Lawan kita adalah UMNO dan BN. Bukan sesama sendiri. Boleh tegur. Tapi biar ada adab. Bukan main tibai macam orang tak ada akhlak.
Apa adab menegur dalam Islam:-

“Akan ada setelahku para penguasa yang tidak melakukan  petunjuk-petunjukku dan tidak melakukan sunnah-sunnahku. Dan akan ada  diantara mereka orang-orang yang hati-hati mereka adalah hati-hati syaitan yang terdapat di jasad manusia.” Aku (Hudzaifah) berkata, “Bagaimana aku harus bersikap jika aku mengalami hal seperti ini?”

Rasulullah bersabda, “Engkau tetap harus setia mendengar dan taat kepada pemimpin meskipun ia memukul punggungmu atau mengambil hartamu, maka tetaplah untuk setia mendengar dan taat!” [H.R. Muslim dari Shahabat Hudzaifah Ibnul Yaman]

Dari Ubaidilah bin Khiyar berkata: “Aku mendatangi Usamah bin Zaid  radliyallahu ‘anhu dan aku katakan: “Kenapa engkau tidak menasihati  Utsman bin Affan untuk menegakkan hukum had atas AlWalid?” Maka Usamah  berkata: “Apakah kamu mengira aku tidak menasihatinya kecuali harus  dihadapanmu? Demi Allah sungguh aku telah menasihatinya secara sembunyi-sembunyi antara aku dan ia saja. Dan aku tidak ingin membuka pintu kejelekan dan aku bukanlah orang yang pertama kali membukanya.” [H.R. Bukhari dan Muslim dlam shahih  keduanya]

Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku selepas daripada ini. Kegilaan blogger-blogger UMNO ini akan membantu kita. Lebih banyak nanah yang akan mereka keluar dan gemburkan untuk tontotan kita. Itu yang jadi seronok.

Ana pun sedang kumpul satu persatu isu yang mereka bangkitkan. Semuanya kita boleh pakai nanti. Itu belum masuk email orang dalam UMNO sendiri kepada ana. Beratus. Siap dengan fakta.

Seronok bila lepas perang ni. Macam-macam cerita keluar.

Advertisements