N02-SABAK-Sallehen-MukhyiKita ucap setinggi tahniah di atas perlantikan YB Ustaz Sallehen Mukhyi sebagai Exco Selangor yang baru. Ini adalah satu tindakan politik yang sangat tepat. Inilah satu orang yang mampu membawa Pas Selangor ke tahap yang baru dalam politik.

Bagusnya tentang Ustaz ini, rekodnya super bersih. Macam tak ada kecacatan langsung. Rajin turun padang. Bantu parti. Bantu kerajaan. Tak cerewet. Mudah didekati. Disegani ramai.

Setelah lama berjuang di dalam parti, inilah penghormatan yang selayaknya diberikan kepada Ustaz. Ana tumpang gembira. Inilah petanda bahawa Pas Selangor akan terus membawa jalan kemenangan di negeri ini.

Ana harap sangat Ustaz tidak jadi seperti Dr Hasan Ali. Hebat di permulaan. Pancit di penghujung. Khianat akhirnya. Kita tak mahu ada individu macam ini.

Ana juga harap Ustaz tidak jadi seperti Dr Khir Toyo. Lupa asal usul. Sudahnya…

Bila ana meneliti ucapan-ucapan lama Ustaz, ana nampak Ustaz ada kekuatan dalaman yang bagus. Iman yang teguh. Jiwa perjuangan yang mantap.

Pernah Ustaz bicara:-

Namun,  bagaimana mungkin kita akan satukan kekuatan jika kita tidak mampu untuk satukan fikrah dan tindakan kita. Justru, marilah kita satukan fikrah  kita. Marilah kita satukan segala tindakan kita, strategi kita bermula  dengan satu niat, bergerak dengan satu tujuan dan berakhir dengan satu  Kahayan. Niatnya adalah untuk kekuatan Islam, Tujuannya adalah untuk  kekuatan Islam dan Kejayaannya adalah untuk Islam. Marilah kita SATUKAN  KEKUATAN.

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu kamu menggentarkan musuh ALlah, musuhmu dan orang-orang yang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang ALlah mengetahuinya. Apa  saja yang kamu nafkahkan pada jalan ALlah nescaya akan dibalasi dengan  cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya.” Al-Anfal : 60

Tahniah Ustaz. Ana bangga dengan enta.